Sugu Pavithra Tutup Youtube



So tak payahla kot aku nak recap apa yang jadi kat dua Youtuber terkenal di Malaysia ini.  Skandal terbaharu yang terjadi kepada depa dorang memang menyedihkan bagi aku sebab peluang yang diberikan oleh Tuhan ini disia-siakan begitu sahaja.  My honest pendapat sejak depa mula berpindah ke rumah baru,  pastu menolak tawaran untuk buat recording bersama rancangan masak membuatkan aku geleng kepala.

Pertama,  the moment depa pindah rumah,  aku rasa macam satu elemen besar kenapa pengikut depa menyokong depa di Youtube adalah kerana seronok melihat kehidupan simple masyarakat pekerja estet.  Tiada lagi cerita berkebun belakang rumah,  mencari limau dan cili padi yang tumbuh liar dalam kebun kepala sawit dan masakan simple yang murah dan 'semua bahan ada dalam pantri'.   Sekarang depa dah mula memasak lauk pauk seperti kambing dan hidupan laut RM40 satu kilogram.  

Next,  bila keluar skandal mengatakan Sugu dan Pavithra sengaja mengenakan caj yang mahal iaitu RM10,000 adalah sebagai satu penolakan halus daripada menerima tawaran untuk merakamkan rancangan masak-masak di program TV.  Mungkin netizen akan kata,  pihak TV pun masa ni la nak buat duit untuk tumpang glamer Sugu dan Pavithra.

Tapi satu benda hangpa kena tau,  populariti dan impak viral ni takkan akan kekal selamanya. Kalau keuntungan adalah win win situation,  why not!  Sampai bila orang nak sokong hangpa? Sampai bila hangpa nak dapat RM8k sebulan daripada Youtube?  Benda ni bukan selama-lamanya wehs.  Lambat laun,  akan mai pulak satu lagi sensasi lain yang akan menjadi ikutan rakyat Malaysia.  Dan kita,  macam harimau yang mati hanya akan meninggalkan belang.

Jadi pada pendapat aku la,  sementara hangpa duk popular ni,  time ni la mau buat duit kau-kau.  Bukan dengan berbuat baik dengan pihak politik,  dapat anugerah dato' dan gelaran sana sini,  itu semua tidak menjanjikan apa apa.  Bagi aku,  lani ampa mau buat baik dengan sapa sahaja yang boleh memberikan ampa pulangan duit.  Sebab,  rezeki ni nak mai sekali ja.

First sekali,  depa kena cari pihak pengurus yang betul-betul berwibawa.  Orang ni yang akan handle semua contact dan deal dengan segala tawaran yang mai.  Bayaran boleh berdasarkan komisyen,  kalau satu job dapat share 80% dan 20% pun sama-sama dah dapat nikmat rezeki yang kenyang dah aku rasa.  Sebab aku ada dengar burung berkicau,  mengatakan bahawa setiap deal dan urusan dengan pihak luar di buat dengan Sugu tapi Sugu ada kalanya tak faham dengan apa yang dia deal.  Dia ingat dapat A,  tapi bila dapat B,  dia marah-marah tak puas hati.  

Pastu,  start la buat rakaman dengan rancangan TV yang best-best,  untuk tarik lebih ramai pengikut baharu.  Kalau sebelum ini pengikut ampa adalah pengguna berinternet,  mungkin lepas masuk TV,  ampa dapat attract pulak pengikut macam mak-mak dan tok tok tradisional macam mak bapak aku yang masih setia tengok Bulettin Utama setiap hari jam 8:00 malam.  Bila hangpa dah makin banyak pengikut dan ada template dan brand yang kuat,  hangpa buat deal pulak dengan production house yang boleh buat episod Youtube yang lebih cantik,  profesional dan berperingkat antarabangsa.  Sila contohi,  Marion Kitchen daripada Australia tu.  

Marion Kitchen adalah peserta Master Chef Australia yang tak menang,  pastu dia masuk pula Asian Food Channel (AFC) punya rancangan,  pastu sat jaa dia kat sana, lani dia ada Youtube chanell sendiri yang sangat profesional dan cantik nak mampuih siap dengan keluarkan produk merchandise sendiri berupa sos-sos dan pes masakan.  Semua tu duit......

Next,  bila dah mula tampil dalam majalah dan ada pulak rupa dan bakat yang cantik.  Hangpa boleh pulak charge orang untuk iklan produk kecantikan,  baju dan sebagainya.  Iklan dalam sosial media dan sebagainya.  Contoh aku duk dengar la,  satu artis yang banyak ratusan followers di IG,  1 post produk kat IG boleh dicaj sampai RM2,000.00 satu post. Kau ada?

Dan jangan dilupakan,  hang kena published buku.  Buku ni kekal sampai sejarah penerbitan sampai bila-bila.  Lancarkan dalam Pesta Buku Malaysia secara dalam talian,  buat kolaborasi dengan Dewan Pustaka dan Bahasa.  Mesti gempak wehs,  semua rakyat Malaysia dari pelbagai kaum mesti akan membelinya sebagai koleksi.  Silap-silap,  tahun pertama sahaja penerbitan dah boleh buat sampai 3 kali cetakan.

Tapi sayangnya,  instead of berfikiran 'money making while you have it'  Sugu dan Pavithra menyalahkan keadaan sekeliling dan ingin kembali menjadi orang biasa dan menyatakan mereka tidak layak untuk apa-apa anugerah malah.  Aku tepuk kepala.  

Rezeki ni,  peluang ni,  mungkin tak akan mai lagi.  Jangan salahkan kami netizen kerana menyokong kami dan memberikan kamu platform ini untuk terus bangun.  Salahkan diri sendiri kerana tidak cukup kuat untuk hadapi tohmahan,  salahkan diri sendiri kerana memilih untuk melayan segala kata-kata sindir dan kecaman,  salahkan diri sendiri juga kerana memilih untuk menjadi takut.

Aku tak kecewa apa-apa pun,  aku cuma melaporkan atas apa yang terjadi.  Aku tau,  lepas semua channel Youtube ini ditutup dan depa kembali kepada hidup asal.  Yang lebih marah dan kecewa bukannya Pavithra.  

Comments

Popular Posts