Bahang Bay Hotel: Hotel Baru di Pulau Pinang
Hello u olls semua, baru-baru ini I olls telah dijemput untuk mengreview sebuah hotel baharu di Pulau Pinang iaitu Bahang Bay Hotel. BAHANG BAY HOTEL adalah sebuah hotel bertaraf empat bintang yang dimiliki oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan diuruskan oleh The Blanket Hotel Sdn Bhd. Insya Allah holeh ini bakal dilancarkan secara rasmi pada 17 Julai 2020.
Aku memang nak promote sangat hotel ni kat hangpa sebab aku nak hangpa lari sikit daripada hiruk pikuk kesibukan Batu Feringghi tu, mai naik atas sikit jer lagi...atas dari Hard Rock Hotel apa semua....hangpa akan sampai kat Teluk Bahang dan kat sini akan ada hotel baru, bangunan baru namanya Bahang Bay Hotel.
Bukan apa, Pulau Pinang sememangnya adalah destinasi pelancongan yang digemari oleh seluruh rakyat Malaysia. Dan sejak PKP ni bayangkan semua orang duk pelan sabaq tak boleh nak mai negeri Pulau Pinang Darul Kandaq ni, makanya bila dah boleh rentas negeri...nenjiaaaaaa...penuhlah pelancong kat area Batu Feringghi tu.
Jadi saya nak habaq mai kat para pelancong yang tak mau duduk area bandar, dan nak duduk tepi-tepi laut ni, apa kata ....mai Teluk Bahang. Lokasi ni ada pantai yang cantik, bersih, tak ramai orang, tak sesak-sesak dan paling penting lokasi ini dekat dengan beberapa lokasi pelancongan yang popular di sekitar Teluk Bahang antaranya Belimbing Cafe (tempat roti jala yang besaq tu), Taman Negara Pulau Pinang, Entopia (taman rama-rama), Taman Rimba (tempat mandi yang air sungai dia biru hijau tu), Escape (yang Ustaz Farhan dengan bekas isteri dia Dr.-Dr.-Aura-Dia-Masya-Allah apa tu mai honeymoon naik pelampong slide tu....#eh...), Dam Teluk Bahang (cantik untuk ambil gambar) dan dari sini hangpa boleh round island lalu celah-celah bukit dan sampai ke Balik Pulau.


I love this backdrop at the lobby.
Feeling posing sat....
Photographer suruh aku buat-buat tengok lukisan, aku pun buat ja...cewah....


Aku suka sangat dia punya kaunter reception. Macam seketoi batu macam mana ka!
Hotel Patuh Syariah
Haaa sebelum aku cerita panjang2 aku nak habaq kat hangpa yang Bahang Bay Hotel adalah sebuah hotel patuh syariah. Sorry aku takdak gambar staff depa segak beruniform dengan tudung, macam pramugari dah. Tiada minuman alkohol yang dijual di hotel ini dan tiada makanan tidak halal yang dijual di premis hotel ini. Sijil Halal pun depa dalam proses dah dapat dah.
Deluxe Nature View
Alhamdulillah, selepas kami tiba untuk urusan check-in, kami diberikan sebuah bilik jenis Deluxe Nature View. Bilik ini mempunyai 1 katil bersaiz king yang dilengkapi dengan hiasan dalaman gaya modern kontemperori. Simple dan nice. Bilik selesa ini juga lengkap dengan pelbagai kemudahan lain seperti seterika, pengering rambut, tuala bersih, toileteris dan sejadah.
Pemandangan dari bilik aku, Deluxe Nature View

Thank you Bahang Bay Hotel!




Kelengkapan dalam bilik hotel. All news and cantik. I love.

But first, lemme take a pancoq selfie!

Beruih gigi pun dia bagi. Macam tau tau aku terlupa! HAHAH kalau tak duk kena beli beruih gigi kat Seven E lagi.



Aku suka hiasan dalam bilik hotel berkonsepkan work and play. Simple, modern and kontem. Ada batik touch ni yang mahai.

Selain itu, kat Bahang Bay Hotel ada 4 jenis bilik iaitu:
Deluxe Nature View
Deluxe Sea Facing
Premier Suite
Executive Premier Suite
Kelengkapan dalam bilik memang best! Yang saya paling suka adalah dia ada banyak plug elektrik untuk charge segala maknena barang elektronik kita dan dia punya WIFI memang laju nak mampuih!
Complimentary high speed internet access /Wifi
Satellite / Cable Television
Coffee and tea making facilities
In -room safe box
Bedroom slippers
Toiletries
Minibar fridge
24 hour room service / in room dining
Laundry service
Lesong Coffee House
Lesong Coffee House terletak di ground floor berdekatan dengan lobby. Disinilah tempat utama di Bahang Bay Hotel yang menjadi lokasi untuk sesi makan pagi. Lesong boleh menempatkan lebih kurang 250 tetamu pada satu-satu masa yang terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu, bahagian dalam yang berpendingin hawa, bahagian luar untuk mereka yang ingin menikmati suasana al fresco, dan juga bilik khas untuk tetamu VIP.
Tapi sayang sekali, bagi mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh PKPP maka Lesong hanya menyediakan hidangan makan pagi secara ala carte sahaja buat masa ini. Jadi nak kena mai lagi sekali la untuk rasa masakan sedap-sedap yang akan disediakan oleh chef Bahang Bay Hotel. Tapi first sekali nak kena habaq kat hangpa, kopi o depa memang kau sedap!
Sireh Ballroom
Seterusnya kami melawati Sireh Ballroom yang merupakan dewan utama untuk buat event kat Bahang Bay Hotel. Terletak di aras 1, Sireh Ballroom dilengkapi dengan bahagian holding area yang mempunyai permandangan yang indah dan juga bilik menunggu VIP dan mussolah untuk para pengunjung. Sireh Ballroom boleh menempatkan sehingga 850 tetamu pada satu-satu masa dan yang bestnya dewan dia siling tinggi dan takdak tiang kat tengah-tengah, soooo sapa nak buat wedding ka apa ka....memang cantik la u olls! Tapi, dewan ni jugak kalau kata nak tempah untuk sikit orang ja, depa boleh pecah untuk tiga bahagian. Ini gambar yang aku gagau dari Facebook rasmi depa. Masa kami mai, dewan ditutup sebab ada proses tambahan perabot.



Gambar Sireh Ballroom, Bahang Bay Hotel yang aku ambil dari Facebook rasmi depa.
Ruang menunggu atau holding area di depan Sireh Ballroom.
Ruang menunggu atau holding area di depan Sireh Ballroom.
Kemudahan tandas dan musolla untuk para tetamu.
Lawang dan Cengkih Function room
Next, kami naik tingkat 2 untuk melihat Lawang dan Cengkih Function room. Kat sini amat sesuai untuk sapa-sapa nak buat kursus, seminar, atau mesyuarat. Macam aku habaq tadi la, function room depa ni baru, lengkap dengan mussola semua. So kalau hangpa nak buat kursus 1 hari ka, memang sesuai la.
Fasiliti
Selain dua fasiliti yang saya habaq kat ataih, Bahang Bay Hotel juga dilengkapi fasiliti ruang seperti berikut:
Sireh Ballroom
Selasih Lobby Lounge
Lesong Coffee House
Lawang & Chengkih Function Rooms
Gym
Pool
Jacuzzi
Kids Club
Beauty Parlour
Convenience Store
Buggy Service
Limousine Service
Swimming Pool
Ada 3 kolam renang di Bahang Bay Hotel yang terletak di ground floor dan berdekatan dengan lobby. Kolam paling besaq dengan kedalaman untuk dewasa, kolam untuk kanak-kanak dan juga jakuzi.
Jimnasium
Selain itu, jimnasium juga disediakan kepada pengunjung hotel yang terletak di sebelah dengan kolam renang. Tak besaq, tapi cukup semua kelengkapan senaman seperti thread mill, angkat berat dan lain-lain. Pemandangan dia cantik, bersenam sambil tengok pokok-pokok hijau.
Pantai Teluk Bahang
Pada sebelah petang, pihak Bahang Bay Hotel bawa kami ke pantai Teluk Bahang dengan menaiki buggy. Tapi sebenarnya lokasi dia dekat sangat u olls. Just cross the road, jalan sikit tak sampai 5 minit pun dah sampai. Dan pantai kat sini sangat cantik dan selamat untuk bermandi manda. Dulu kawasan ni semua adalah pantai yang kosong takdak apa-apa pembangunan pun, cuma ada beberapa rumah banglo lama yang dimiliki oleh jabatan kerajaan dan pihak persendirian. Tapi nampaknya, semuanya tu dah takdak.
Masa aku kecik-kecik sekitar tahun 1990, bapak aku selalu bawak kami satu family mai camping kat sini. Sekarang ni kat sebelah pantai sana, telah dibina satu lagi hotel baru bertajuk Angsana, kalau tak salah bawah Aspen Group. Pastu kot blah sini pulak, ada satu lagi hotel lama yang telah ditutup tapi akan dibuka semula tak lama lagi iaitu Penang Mutiara Beach Resort.
Thank you Cikgu Yazid, walaupun hang sibuk dengan jadual tuisyen hang tapi hang gigih cari masa mai join aku review hotelsssss.... gambar-gambar aku semua banyak lawa sebab deni la. Hangpa follow Facebook dia lekaih: C.Y - Tutor Persendirian


Bahang Bay Hotel
Contact: 04-888 1000
Email : enquiry@bahangbayhotel.com / reservation@bahangbayhotel.com
Address: No.15, Jalan Teluk Bahang, 11050 Teluk Bahang, Pulau Pinang
Instagram: https://www.instagram.com/bahangbayhotel/
Okay jangan lupa untuk tengok video ini dan subscribe Youtube I olls ya!






Boleh la nanti akak nak bercuti dan review hotel ni. Hotel patuh Syariah pula tu.
ReplyDeleteyes sistaaaaaaa
Delete