My Mental State During MCO



Hello hangpa-hangpa sekalian, especially hangpa-hangpa yang ada mental disorder macam aku. Macam mana hangpa coping dengan diri hangpa sepanjang MCO/PKP baru-baru ini. Pastinya semua orang cabaran dan dugaan yang tersendiri. Lebih kurang 4 bulan ya terpenjara di rumah. Hari ni aku nak tulih pasai cabaran yang aku lalui. Awai-awai kita PKP adalah bermula 18 Mac 2020, dan orang yang kerja macam aku diminta untuk work from home. 


Mula-mula tu semangat gila weh. Setting tempat untuk buat letak laptop dan sebagainya. Nasib baik setelah lama bekerja, aku ada laptop dan juga smart phone yang memadai untuk bekerja dari rumah. Memang memudahkan banyak urusan. Setiap pagi sampai malam, bukak mata ja tengok Whatsapp group office, aku duk tolong-tolonglah apa yang patut. Buat surat, hantar emel, buat minit bila meeting online, semuanya macam biasa aku duk buat kerja kat office, tapi lani aku buat dari rumah. Selain itu, aku juga tolong update sosmed tempat kerja aku, tak dinafikan masa PKP ni ilmu social media yang baik amatlah berguna untuk kelestarian fungsi pejabat kita.


So mula-mula memang semangat wehs, sebab apa, bangun-bangun tak payah mandi pun takpa, teruih mengadap laptop. Kalau penat duk kat meja, boleh menerap ataih katil, boleh silang panggung atas sofa dan sebagainya. Pastu bila-bila masa pun boleh buat apa hang suka, terlena ka...hahahah makan 10 kali ka. Masak la, sidai kain la. 


Tapi lama-lama aku duk mai stress dah. Ditambah pulak masa bulan Mac dan April, cuaca di Penang sangatlah panaih. Ada sampai almost 3 minggu setitik hujan dari langit tak jatuh-jatuh. Waktu malam hari, cuaca boleh mencecah suhu 32 darjah selsyus. Mak pulak rakyat marhaen, takdak aircond weh. Makaaaaaaaaaaa meranala mak di dalam rumah. Teruih segala kebahagiaan sebab boleh duduk rumah berubah menjadi satu mala petaka. Dirasakan bilik aku sekecik-kecik kotak kasut, dinding dan siling mula menghimpit. Lebih teruk, apabila hentakkan kaki jiran rumah atas yang selama ini kedengaran sayup-sayup tiba-tiba di-emplified menjadi satu audio seram hentakkan yang menyesakkan dada. 


Kiraan saat dan hari menjadi tersangat-sangat lewat. Rasa macam hari ini Isnin, esok pun masih lagi Isnin. Aduh!! Sampai bila kita semua akan dibelenggu dengan 'penjara' PKP ini. Apabila bukak sosmed, lambakan kisah-kisah negatif dirasakan semakin membuak-buak banyaknya. Ada sahaja cerita orang takdak duit nak makan, orang kehilangan kerja, orang jadi itu, orang jadi ini. 


Tiba-tiba segala kegembiraan duduk di rumah hilang dan lesap. Mak pun mesej boss mak "Assalamulaikum Ustaz, saya rasa otak mereng saya nak mai. Saya minta izin untuk sengap sat ya. Minta maaf banyak-banyak ustaz. "


Maka bermulalah pelayaran mak dalam bahtera jiwa bipolar yang tidak teratur ini. Sedar-sedar hampir seminggu mak tidur! Hamek kau. Memangla aku ada bangun untuk mandi, makan etc....tapi takdak perasaan nak buat-buat kerja, kemas rumah dan sebagainya. Dia jadi autopilot. Tapi alhamdulillah weh, tempoh depresi aku sesaat itu tidak melibatkan perasaan tangisan yang berlarutan, pemikiran masalah infiniti apatah lagi mahu mencederakan diri. Nauzubillah. 


Sebab alhamdulillah, walaupun dalam tempoh PKP mata pencarian suami aku terbantut, takdak kerja dia boleh buat. Tapi aku sebagai penjawat awam masih mendapat gaji yang penuh. Masalah kewangan bukanlah satu perkara yang memberatkan. Cumanya, kalau nak dicarikan jugak masalah tu, aku rasa perkara yang aku duk pikiaq lebih-lebih adalah - the fact- that aku tak boleh pindah pi rumah baru aku lagi. Aku pun faham sangat-sangat bab tu. 


Semua tu takdak. Yang mak ingat, sepanjang panjang tu, mak duk ingatkan dalam kepala otak mak sendiri. "It's okay...it's just a phase."



Alhamdulillah, selepas daripada tempoh itu. Aku kembali bertugas work from home macam biasa. Boleh memasak, boleh mengemas. Dan perasaan terperangkap tu macam tidak berapa menjadi masalah jiwa. Tak lama selepas itu pun, Ramadhan bermula. Bulan April kan? Masa itu, peraturan di tempat kerja aku sedikit longgar. Kalau sebelum ini, tiada siapa pun diizinkan datang ke pejabat walaupun bersendirian. TAK BOLEH LANGSUNG. Tapi kali ini, boss aku bagi green light, dia kata, "Bila-bila masa Kak Jumie rasa macam nak stress tak boleh duduk rumah, Kak Jumie mai la pejabat. Buat kerja sejam dua jam, pastu balik."


So aku ni duk mai la office, seminggu dua tiga hari dari kita mula-mula bukak PKP Bersyarat tu. Dan untuk pengetahuan hangpa, aku pun curi-curi pi tidoq rumah adik beradik aku dan kawan aku. Khafi pun tau, aku tak boleh duduk rumah lama-lama. 


Alhamdulillah, hari berganti hari, habis Ramadhan, hari raya, pastu masuklah bulan Jun dan Julai. Aku maintain okay sihat mental sampai lani. Alhamdulillah sangat-sangat. Takdak la stress ka, over thinking ka apa ka. Kawan-kawan yang rapat dengan aku pun memuji. Depa bagi aku kata-kata semangat. Which is aku jadi lebih bersemangat untuk mental cara hidup mental sihat lagu ni. Nanti nak kena buat satu video kot nak cerita apa benda-benda sihat aku buat untuk jaga mental aku.


Cumanya, kalau kesihatan fizikal ni...haaa nak habaq mai. Sejak PKP dan bulan puasa pulak. Aku kehilangan berat badan yang agak banyak. Mula-mula dulu bila aku start nak diet back in November 2019, aku punya berat badan adalah 115kg. Tapi bila aku duk diet, pastu PKP duk rumah makan pun benda-benda biasa saja, pastu posa lagi......paling kuruih la aku pernah jadi adalah 94kg. Gila banyak kan aku hilang?


Tapi masalah lain pulak mai iaitu aku jadi gastrik. HAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA...tak pernah pernah la aku kena gastrik sebelum ni. Dulu pernah la, kalau tersilap makan ka apa ka. Tapi lani kenaa punya kerap sampai pi jumpa doktor dia kata mungkin effect dia daripada aku kehilangan berat badan yang terlampau. Walaupun fat di bahagian badan yang lain dah mengurat, tetapi usus perut masih besar dan dah terbiasa merembeskan enzim-enzim pencernaan untuk kuantiti orang makan banyak.


So kalau aku makan kurang, kalau aku makan terlebih, kalau aku tak makan, kalau aku salah makan..............semua tu bawak masalah. Dua tiga kali jugak aku pi klinik. Doktor kata, kalau you ada banyak duit, boleh pi potong usus. Wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.........cantik la mak nanti kalau kurus potong usus. Tapi nak cekau duit kat mana u olls, nak renovate dapur rumah baru pun kena buat personal loan u olls. 


Hujung bulan Julai ni aku ada appointment dengan doktor pakar. Hopefully takdak apa apa serius. Aku ikut nasihat kawan aku Veena, kalau kata mana kita boleh ubati dengan cara berpantang, kita usaha dulu. So mak ni, kalau takdak pasai macam jemputan review makan atau pi lepak dengan kawan-kawan ka apa, makanan ruji mak adalah roti putih dan nasi putih ja. Makan sikit-sikit tapi berulang. Gituuuu!


Sekian sahaja kepada u olls semua. Alhamdulillah aku bersyukur sebab sekarang ni PKPP dah membolehkah kita lebih bebas untuk bekerja, berniaga, pergi shopping, pergi masjid dan beriadah di tempat awam. Apa pun u olls jaga lah diri, amalkan kebersihan yang melampau sikit. Harap kita semua terus selamat dari bencana COVID 19 ini.

Comments

Popular Posts