Razzi Musa Make Up Sugu Pavithra



Terkejut aku bila tiba-tiba Ajit update IG dia gambar dia mekap Pavithra dengan pottu hitam yang meletops tu.  Ajit adalah nama timangan aku untuk Razzi Musa,  kawan baik aku sejak zaman POLISAS.  Aku dah banyak kali cerita pasai Ajit dalam blog aku.  So bila Ajit tular dalam medsos gara-gara jadi MUA untuk Pavithra,  aku tumpang bangga (dan sedikit nak tumpang glamer u olls...HAHAHHA).

Hangpa boleh baca artikel sebelum ini aku tulis pasai Ajit kat sini:  http://jumiess.blogspot.com/2019/10/rakan-juru-solek-ku-razzi-musa.html

Untuk pengetahuan hangpa jugak,  ya Razzi Musa bertanggungjawab memekap aku masa aku kawen.  Bukan aku sorang,  dia jugak mekap adik aku masa adik aku kawen,  anak menakan aku di KL dua orang dimekap oleh beliau masa kawen,  pastu kawan baik aku sorang Thini Mohan dan kakak senior aku masa sekolah iaitu Kak Su Lynn Kumari pun mempercayai pilihan aku dengan memilih Razzi Musa semasa hari bahagia depa.


Apa pun aku nak ucapkan tahniah kat Ajit sebab akhirnya selepas hampir 15 tahun hang berhempas pulas dalam dunia solekan yang hang cintai ini,  akhirnya sekarang mana tahu,  rezeki hang sebagai juru solek berbakat mendapat tempat istimewa dalam kalangan wanita di Malaysia.  Kenapa Pepatung pilih Razzi Musa?  Tak dinafikan,  sebab beliau antara MUA yang pakar dalam menata rias wajah colored woman.  Hangpa tak percaya kalau,  boleh bukak IG dia:  https://www.instagram.com/razzimusa/


Aku pun,  lepas-lepas Ajit tular,  aku pun upload la gambar aku macam kat atas tu,  aku edit supaya diletakkan sama paras antara aku dan Pavithtra.  Dan gambar ni aku send kat laki aku,  hangpa tau dia reply apa? "Cheh...nak tumpang glamer la tu..."  Musibat punya suami.  Aku dari zaman Razzi Musa dapat bayaran sekeping coklat untuk khidmat make up pun,  aku masih tetap jadi gadis pompom dalam hidup dia okay.


Tak kurang juga kawan-kawan yang PM aku dan kata,  "Wehs Kak Jumie,  hang tulis la artikel pasai Razzi jugak.  Nak tau la jugak apa pengalaman dia semasa make up Sugu Pavithra."  Ehhhh hangpa nak tau,  aku tak payah call Ajit ya,  dia sendiri PM aku..."Semua orang dah interview aku...hang bila nak interview aku?"  hahahah kelassss tak mak?  #fliptudung


Apa pun,  hangpa pi follow IG Razzi Musa dan aku mendoakan agar Ajit terus sukses dan jangan kekwat dengan aku.  Kalau hang kekwat,  aku sumpah hang tak boleh jejak tanah negeri PULAU PINANG DARUL NASI KANDAQ DAGING, TELOQ SOTONG,  BENDI,  KUAH CAMPOQ nih.

Comments

Popular Posts