#FreeBritney Apa Yang Kita Boleh Tahu?
Terima kasih kepada anak ayam ku, Hasmizan Hamid (Mijan), seorang pemuja tegar Britney Spear sejak Hit Me Baby One More Time di pentas Penang Methodist Boys School. Aku pun tertanya-tanya kenapa tiba-tiba movement #freeBritney semakin menular dalam sos media. Awat Britney lani sakit ka? Tekanan mental dia makin teruk ka sampai dia kena kurung? Betul ka dia kena kurung? Dan sapa kurung dia?
So bila aku tanya dengan Mijan, so ini adalah jawapannya (secara ringkas untuk ampa paham).
Sejak kejadian Britney Spears meltdown dan shave kepala dia di tempat awam dan membaling dan memukul wartawan dengan payung, sejak itu, Britney Spears disahkan tidak stabil dan memerlukan pengesahan dan penjagaan daripada penjaga dia iaitu bapa dia sendiri. Jadi apa sahaja aktiviti seharian Britney yang melibatkan keputusan besar atau kecil seperti membeli harta, lawatan dalam dan luar negeri, kerja-kerja seni malah untuk berkahwin...MEMERLUKAN PENGESAHAN DARIPADA PENJAGANYA.
Dalam tempoh 12 tahun, dia perlu mendapatkan pengesahan daripada penjaganya. Ini adalah keputusan oleh mahkamah untuk melindungi Britney Spears daripada dianiayai oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab kerana keadaan mental dia yang tidak stabil. Sebab pompuan ni tentunya ada banyak duit dan nama dia sahaja adalah satu brand yang amat kuat.
Jadi sekarang, aku tak tau la sama ada perjanjian 12 tahun ni dah sampai tempoh atau tidak, dan dikatanya Britney nak kawen dengan boyfriend dia yang super elok iaitu Sam Asghari. So bapak dia tak mau bagi kebenaran untuk depa berkahwin dan sebab itu para peminat Britney semua perjuangkan movement untuk membebaskan penyanyi kesayangan depa ni.
Tapi bagi aku lah, persetankan human rights dan so on dan so on. Punya duk pertahan humans right last-last sampai tak mau pakai mask kat tempat awam pun nak guna alasan humans right. Bagi aku dia memang tak sihat, so bagilah masa untuk dia. Dah tiga kali dia kawen kalau masuk hat ni, pengalaman yang dulu-dulu pun masih terpahat dalam dan mungkin sebab tu keadaan mental dia jadi lagu tu. Kevin Ferdaline pun dulu punya elok, punya baik...last-last dah dapat Britney Spears sama juga jadi apa ja. Kesian kat Britney.


Comments
Post a Comment