I WILL BE ON NETFLIX YO!
Hai ampa. Sepatutnya benda ni aku cerita kat ampa la awal-awal Ramadhan lagu tu. Tapi semuanya tersentot apabila aku Bipolar. Disebabkan aku sakit, jadi benda ni dah tersebar dah. Ramai-ramai kawan dan adik-beradik aku send Tiktok punya link tentang berita ini dan ucap tahniah kat aku.
Beritanya adalah, aku akan berlakon dalam sebuah filem terbitan anak-anak Penang bertajuk "Mamu Georgetown." Mola-mola aku dapat whatsapp daripada tuan Pengarah pada bulan Januari tahun ini. Awal-awal dia message aku "Assalamualaikum mami...."
Aku dalam hati "Harammmm sapa ni panggil aku mami...macam aku tua sangat. Panggil lah achi"
Achi tu maksud kakak. Mami tu maksud makcik. Dak kalau hang budak-budak sekolah duk mai mengaji kat surau depan rumah panggil aku mami takpalah. Ini tengok muka gambaq pun macam umur lebih kurang.
Mau dekat seminggu lebih baru aku jawab talipon. Rupanya, depa ada tawaran yang sangat-sangat best untuk aku. Untuk berlakon sebagai Mami Rahimah, bini kepada Mamu Tajuddin dalam cerita Mamu Georgetown ni. Aku kata kat Pengarah tu, takpa bagi saya masa nak sembang dan pikiaq. Nanti saya habaq balik.
Lepas bincang dengan laki aku, Achi Kelumbong, Fairul Niezam dan kakak aku, depa semua sokong dan bagi aku green light untuk aku terima offer ini.
Aku sebenarnya takut nak terima offer ini, sebab aku duk pikiaq penyakit aku. Sebab tu aku dah beberapa kali tak berlakon dalam produksi teater kawan-kawan aku buat. Sebab otak aku tak centre bila duk berlatih dan berlakon banyak-banyak kali sampai penat. Nanti aku bipolar.
Tapi untuk filem ini, aku pikiaq macam ini, kalau aku tolak peluang ini....AKU TAK TAU BILA LAGI PELUANG INI AKAN MAI!
Sebelum ini, to be honest aku dah beberapa kali tolak offer berlakon. Mola-mola dulu, tak tau sapa rekemen aku, suruh aku berlakon dengan Fouziah Gous drama apa tak tau. Shooting kat Penang. Haaaa?? Ampa pun tak tau kan? Sebab aku simpan benda ni. Aku tak terima offer ni sebab aku rasa tak berminat pun. Halah, orang tu call aku last minit, pastu aku tak tau pulak payment lagu mana, nak kena sidai berapa lama pulak. Kita angin bebai lagu mana pulak tuan director tak tau.
Kedua, beberapa tahun lalu aku dan Achi Kelumbong dapat offer berlakon dengan Along Kamaludin. The one and only ALONG KAMALUDIN yo! Sapa tak kenal nama ini? Nama ni sikit punya legend ka dalam dunia drama Melayu kat negara kita. Along jumpa drama Achi Kelumbong duk viral-viral. Dia call la Achi Kelumbong a.k.a Nizal. Yang gondu ni tak kenal Along Kamaludin tu siapa? Dia boleh buat kekwat-kekwat ni.
"Kami Jumie TV ada team...kalau cik nak tau apa-apa sila call manager kami." GILA GILAAAAAAAAAA TEAM KUNON. Butooo hang team. Pastu dia bagi number Along kat aku.
"Nyah ada orang call ni nama Along Kamaludin. Dia nak suruh kita berlakon."
"WHAT? Along Kamaludin? Nyah! Hang jawab apa?"
"Aku jawab biasalah....aku kata...apa-apa kena bincang dengan team kami...sebab kami ada team."
Masa tu aku macam nak buh penendang kat Nizal. Tapi sebab cakap fon, so kaki aku tak sampai.
"Nihhhh hang kenal dak deni sapa?" Nizal kata "Dak...aku tak kenal."
Maka aku pun explain semua kat Nizal tentang Along Kamaludin. Aku bagitau kata, dulu zaman kita sekolah menengah, Along Kamaludin kira hero juga dalam drama-drama kat TV semua. Tapi lani dia pengarah dan producer drama yang disegani juga di Malaysia ni. Aku habaq la dua tiga drama Along Kamaludin yang popular. Nizal ternganga. Tapi nak buat maca mana, benda dah jadi.
Aku tak give up. Aku yang masa tu tengah ada seminar kat Tabung Haji (tempat kerja aku) memulakan aturan masa untuk cuba menghubungi Along Kamaludin. Setelah berkali-kali aku cuba, akhirnya Along pun sudi memjawab call aku. Ini adalah permulaan pengenalan kami dalam telefon yang aku kena cerita kat hangpa;
"Assalamualaikum Along...saya Jumie. Yang berlakon jadi Achi Keriau tu. Semalam yang Along call tu kawan saya yang berlakon Achi Kelumbong. Mintak mahap lah....dia tak kenal Along sapa! Dia tu tengok gambaq Hindu banyak sangat."
Begitulah ice breaking antara aku dan Along Kamaludin. Kami pun sembang rancak. Dia nak sunting kami berlakon drama dia Pinang Durian. Orang yang rekemen kami untuk berlakon adalah Farouk Hussein. Tapi sayangnya kami tak dapat melunaskan impian untuk bersama berlakon dalam produk Along Kamaludin. Kita sembang kat sini bagi semua faham nah.......Aku tak tau la ampa ni semua dah tau ka dak? Achi Kelumbong adalah watak mami-mami yang dilakonkan oleh kawan aku Nizal Ashrif bin Mubarak. FAHAM?
Kami bukan pembohong orang kata dia tu perempuan sejati. Kalau sapa-sapa faham cara Boria zaman dulu-dulu pun memang wajib ada satu pelakon yang pakai perempuan. Kami punya berlakon macam boria lah. Kalau sapa-sapa tanya kat aku, direct, tanya elok-elok, memang aku akan jawab jujur. Tapi sapa yang duk tanya macam kamjat kat komen Facebook tu, aku ti bara dan jawab "Haa Achi Kelumbong perempuan awat pasaipa sibuk sangat nak tau apa dalam kain orang?"
Tapi satu lagi la pasaipa aku tak jawab kat komen-komen Jumie TV, dia kira macam ni la. Achi Kelumbong ni macam satu watak enigma tau. Dia sempoi satu macam. Dengan tarikan dia bila duk telan nasik dan bercakap dalam drama kami berlakon tu, watak dia hidup. Dan orang sangat nak tau pasai dia. JADI KALAU AKU PI HABAQ PASAI DIA TERANG-TERANG KAT SEMUA ORANG, JADI TAK BEST LAAAAAAA!!!!
So nak berlakon masuk dalam TV kat Malaysia ni tak boleh lah pelakon berpakaian bukan ikut jantina ni. Bukan sahaja media TV, billboard pun tak boleh. Kalau nak berlakon Youtube ka apa benda macam kami duk buat, takdak masalah. Sapa pun tak boleh kacau. Benda ini agak confuse untuk akak dan achik yang bengap, tu yang kadang-kadang orang tanya "Habeh cerita soton tu boleh pulak? Cerita kunsa boleh pulak? AC Mizal berlakon jadi pondan dalam cerita Gerak Khas boleh?"
Okay bab-bab ni aku tak akan explain. Kepada akak dan achik yang tak faham law ni, sila cari kawan-kawan yang educated dalam bahagian media dan comunication law kat Malaysia ya. Bukan kerja aku nak kena explain.
But not Nizal, aku tak payah explain kat dia sebab dia sangat terima dan faham bab ni. Dia sedar keadaan dia lagu mana dan dia terima. Sebab tu bila aku dapat offer berlakon filem ini, dia sikit pun tak jeles. Aku ni pulak, punya nak jaga hati dia....benda aku dapat offer ni aku tak habaq dalam whatsap atau telipon, aku pi rumah dia dan sembang depan-depan. Aku beruntung ada kawan macam ini. Dia tak anggap aku sebagai competitor. Tapi dia lagi angkat tangan, ucap syukur kat aku!
Tapi kan, siries nak habaq, ada saja followers Jumie TV yang over-over mai jumpa Nizal dan tanya dengan camdek na? Awat Achi Keriau saja berlakon, Achi Kelumbong tak berlakon ka?
Nizal jawab teruih terang. Habih muka depa pun jadi biru bila kita jawab benda betui. Tapi Nizal okay, 10 kali orang mai tanya kat dia pun dia akan okay. Tapi, soalan-soalan lagu ni, kalau 1000 kali aku dengaq. Mak insecure macam mana nyah! Orang lain insecure juga. Tapi orang Bipolar punya insecure berapa lipat kali ganda u olls!
Tapi aku nak cerita, sasa mula-mula Pengarah tu Whatsapp aku. Aku memang tanya dia ulang kali, "Minta maaf na Zulfan saya nak tanya, memang betul-betul nak saya Jumie ka berlakon? Bukan Achi Kelumbong?" aku nak betul-betul clarify.
Jawapan Pengarah lagu ni "Memang kita jemput dan mengalu-alukan Achi (Jumie) untuk watak ni. Sebab Achi ja boleh bawak watak tu. Sesuai Achi."
![]() |
| Bersama Zulfan, Pengarah bagi filem ini. Juga sebagai watak utama (hero) merangkap anak aku. |
Baru-baru ini Pengarah habaq, Insya Allah depa akan meeting dengan Netflix from US team. And depa nak bincang supaya filem ini boleh masuk Netflix worldwide dan akan ada alih semua untuk macam-macam negara lain. Aku macam terkesima juga. Duk bayangkan, muka aku dengan kelumbong, baju kurung moden dan rantai kalung emas semua tapi cakap Español.
Tapi kalau betui la cerita Mamu Georgetown ni masuk Netflix, aku habaq kat ampa..........aku ti buat party kecik-kecik dengan Khafi. Dengan kucing-kucing kami. Aku ti ready ayaq sparkling juice apa semua dengan buah, cheese and coklat. Pastu bila muka aku keluaq kat Netflix dengan dialog pertama aku "Amboi Nana...segak bukan main macam Darmindra. Nana nak pi mana ni? Awat pakai minyak wangi sampai bau satu rumah."
Masa tu aku dengan Khafi ti cheers! 🍷 Okay guys, terima kasih semua sebab support kami. Aku share beberapa gambar dengan hangpa okay.


Comments
Post a Comment