Blog Baru
![]() |
| Kak Zah dan lori buah. |
Hello semua, sorry lama tak update. Duk seronok pulak lani PKPP dah mula, boleh melewaq merata dan gigih update page FB baru aku yaitu Jumie TV. Sapa tak like lagi page ni sila berbuat demikian. Tapi blog tak boleh la tak update, blog ni macam diari aku, catatan kenangan aku nanti. Bila aku mati, anak cucu boleh baca apa benda elok dan benda tak elok yang aku dah buat sebagai pengajaran. (hopefully banyak yang elok la)
Hangpa semua mesti terkejut kan sebab tengok-tengok blog aku yang lama ampa tak boleh nak bukak. Dua tiga orang duk PM aku...weh JUMIE mana blog hang? Haaa...mai sini aku nak cerita panjang supaya ampa semua boleh jelas.
Sejak Jun 2020, aku rajin buat video dan bubuh kat personal Facebook aku. Video-video tu adalah video Achi Kelumbong yang aku buat sebab nak promote business adik beradik dan kawan-kawan. Nak jadi cerita, bila aku post kat Facebook personal aku, aku pun akan share la link tu kat FB groups yang lain. Tak tau la sapa dengki ka, ataupun memang syarat baharu yang ditetapkan oleh Facebook ka macam mana, disebabkan SETIAP VIDEO AKU TU ada link blog aku yang lama iaitu www.jumiesamsudin.com, so bila aku duk pi post kat FB groups apa semua, secara otomatik FB detect aku sebagai spammer dan cuba mencari likes secara palsu. Haaaa kerlass tak FB Yahudi celaka ni? Padahal ramai ja orang lain duk share link macam-macam kat groups.
Pastu ada yang kata maybe ada sekumpulan manusia telah report video-video aku tu, so bukan sahaja semua video Achi Kelumbong (time tu baru 4 video) telah diremove dari semua platform FB aku. Malah BLOG AKU PUN KENA BLOCKED oleh Facebook. Maka tak gunalah aku nak maintain domain www.jumiesamsudin.com tu, sebab kalau aku continue pakai website domain tu pun, sebab link itu telah diharamkan oleh Facebook sama sekali.
Bukan sahaja link tu aku tak boleh nak share kat mana-mana FB, even dalam DM. Malah aku tak boleh letak link tu kat profile aku. Termasuk profile-profile aku di Instagram. Dahsyat tak Facebook celaka ni?
Aku pun pi study pasai kes ni, rupanya ramai juga blogger lain melalui masalah yang sama. Bukan ja kat Malaysia malah seluruh dunia. Perkara ni berlaku aktif sejak Disember 2019. Maybe Facebook macam tak mau kita keluar dari website depa, nak semua orang maintain duduk kat www.facebook.com. Sebab tu lani, FB bukan sahaja platform social media untuk personal use. Ada juga Facebook group, Facebook watch, Facebook dating, Facebook market dan macam-macam lagi.
Yahudi yahudi......
So takpalah, ampa jangan risau. Memanglah sayang sebab tak boleh pakai www.jumiesamsudin.com tu sebab macam meletops kan ada .com sendiri. Dan view keseluruhan domain tu pun dah menjangkau lebih kurang 9 juta view. Tapi takpalah, ini semua ...DUNIAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.......duniaaaa (nyanyian macam Zaleha Hamid).
Aku bersyukur sebab semua contain dalam blog lama lebih kurang 2.9 k artikel tu masih ada! Perlahan-lahan aku akan masukkan dalam blog baharu ini dan hangpa boleh search nanti untuk tengok artikel aku yang dulu-dulu termasuk zaman jahiliah aku duk separuh telanjang mandi kat Pulau Perhentian. HAHAHAHAHA...but** punya Jumizah.
Sekian sahaja penjelasan aku. Aku akan terus menulis. Menulis itu menajamkan minda, pesan mama Regina Ibrahim yang tak akan aku lupakan.
Nah....like cepat page baru aku. Aku macam Jada Pinkett Smith lani ada page video kat Facebook u olls: https://www.facebook.com/jumietv
Dan jangan lupa, sila subsribe kat blog ini. Blog lama hangpa boleh delete buang dari favorite browser hangpa.


Comments
Post a Comment