The Spacation Double Tree by The Hilton Penang
Hai semua, hari Jumie TV nak ajak hangpa semua menikmati rawatan spa di The Spacation yang terletak di Double Tree Hotel by Hilton yang terletak di Pantai Miami, Batu Feringghi Pulau Pinang. Macam yang saya cakap tadi, selalunya apabila kita nak relekskan diri daripada stress harian pastinya kita akan terpikiaq untuk buat aktiviti hiburan seperti karaoke ataupun tengok wayang kan?
Apa kata kita tukar cara kita kurangkan kadar stress dengan membuat rawatan di The Spacation.
Ruang masuk lobby utama yang cantik.
Kawasan lobby Double Tree by The Hilton Penang yang berkonsepkan open air.
Sebuah mural yang sangat menarik, terletak di depan lift untuk naik ke spa.
Hiasan promosi The Spacation yang terletak di pintu masuk Double Tree by The Hilton Penang.

Posing dulu u olls kat bawah pokok kelapa.
Spacation adalah sebuah spa yang diuruskan oleh LL Spa Consultancy. Terletak di aras 1, Double Tree by Hilton. Beroperasi dari jam 10 pagi hingga 11 malam. Senang ja nak mai sini, parking pun percuma u olls. Dan untuk memastikan anda mendapatkan sesi terapi yang betul-betul best, saya sarankan hangpa buat appointment sebelum mai ini.
The Spacation
So lepas naik lift, ke tingkat satu, hangpa akan nampak meja ni, yang menjadi penunjuk arah ke The Spacation.
Jangan lupa untuk daftar sebelum masuk ke spa.
Kawasan hadapan The Spacation.
Selain produk kecantikan dan kesihatan yang dijual oleh The Spacation, hangpa boleh beli aneka merchandise lain sebagai tanda mata.
Ruang tengah untuk menuju ke bilik-bilik rawatan.
Ruang untuk rawatan urutan kaki yang juga ruang untuk menicure dan padicure yang menghadap laut. Pemandangan yang cantik.
Antara terapi yang terdapat di sini adalah body massage, foot massage, menicure, padicure dan rawatan facial. Dan setiap rawatan facial dan urutan badan terbahagi kepada beberapa jenis rawatan agar sesuai dengan keperluan dan pilihan masing-masing.
Kesemua rawatan ini menggunakan produk organic yang berasaskan alam semula jadi dan ada juga produk kecantikan yang dihasilkan oleh The Spacation sendiri. Jadi hangpa jangan rasa ragu-ragu dengan produk yang digunakan.
Terdapat tiga jenis ruang rawatan untuk keselesaan para pengunjung. Untuk rawatan facial ataupun urutan badan, terdapat dua jenis bilik rawatan iaitu single dan double. Setiap bilik ini dilengkapi dengan katil rawatan, sofa, tempat penyimpanan barangan peribadi, meja solek, tandas dan private steam room. Cantik dan sangat mendamaikan. Rasa seperti mendapat rawatan di istana.
Kelebihan bilik rawatan yang privacy macam ini memberikan nilai keselesaan dan nikmat rehat yang maksimum kepada kita semasa membuat rawatan. Tambahan pula, ahli terapi yang menjalankan rawatan untuk kita adalah daripada mereka yang berpengalaman dan terlatih. Siries saya cakap, memang sentuhan rawatan dan urutan yang diberikan sangat best.
Treatment Room
Single Room
Setiap bilik ini dilengkapi dengan katil rawatan, sofa, tempat penyimpanan barangan peribadi, meja solek, tandas dan private steam room. Cantik dan sangat mendamaikan. Rasa seperti mendapat rawatan di istana.
The Double Treatment Room
Selesai membuat rawatan aroma facial yang mengambil masa lebih kurang 1 jam, team kami menikmati rawatan foot massage di ruang khas untuk sesi menicure, padicure. Pemandangan kat sini memang sangat cantik, boleh tengok pemandangan laut yang biru.
Spacation telah beberapa tahun beroperasi di Double Tree by Hilton maka tidak hairanlah Spacation telah mendapat tempat di hati bukan sahaja para pelancong dari dalam dan dari luar negara, malah daripada orang tempatan macam saya ni.
Kan tadi kami ada habaq pasai produk-produk yang dibuat sendiri oleh Spacation so antara yang menjadi kesukaan dan permintaan orang ramai adalah Herbal Neck Pillow dan Lavendar Eye Pillow. Produk ini kami dah beli!! Memang best sangat, bukan sahaja mengeluarkan bau-bau yang mendamaikan dan merelakskan malah memberikan khasiat dan kelegaan semulajadi kepada tubuh badan.
Done buat facial. Gambar ni takdak filter ya. So depa bagi i relek-relek pakai neck pillow yang sangat best. Neck pillow berherba ni sangat best, hangpa nak tau lebih lanjut, hangpa bukak IG depa.
Thank you Ms. Shanti sebab tolong layan I olls hari ni.
Okay last but not least, hangpa semua mesti tertanya-tanya berapa harga nak mai buat rawatan kat sini? Sebab selalunya rawatan spa kat hotel ni pastinya amat mahal dan mengoyakkan poket. Haaa...mai sini kami nak habaq setiap rawatan yang disediakan adalah antara RM80 ke Rm180 sahaja bagi satu jenis rawatan. Tapi...kalau hangpa buat tempahan rawatan untuk lebih dari satu orang hangpa berpeluang untuk menikmati nilai diskaun yang amat berbaloi.
Treatment Session
Macam biasa, sebelum buat treatment kenala isi borang macam ni. Mana-mana pusat rawatan spa yang profesional akan sediakan borang khas macam ni.

Terima kasih June, sebab buat rawatan facial yang sangat best. Sambil duk pakai mask, dia ada urut-urut kepala I dan bahu I....best sangat.
Urutan Kaki
Ini pulak masa Yazid buat rawatan urutan kaki.

As I told you guys, pemandangan sangat cantik.


Yazid sampai terlenaa......
So, jangan lupa untuk check out instagram The Spacation seperti dalam link di video ini dan kami amat rekemen hangpa mai buat rawatan kat sini. Suasana yang nyaman, bersih, damai dan rawatan yang memang profesional dan puas hati. Sekian sahaja, terima kasih banyak-banyak kepada Spacation atas jemputan ini kepada kami untuk buat review.



The Spacation 🧖🏽♀️💆🏽♂️👄💅🏼
Double Tree Resort by Hilton Penang📞 +6048928066
Whatsapp 📗 wa.me/601110515789
📍 56, Jalan Low Yat, Puncak Ria, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang
Instagram 📷📷 https://www.instagram.com/thespacation/
⏰ BUSINESS HOUR
Opening Hours: 10AM-10PM daily
📱 Bookings & Reservation
We appreciate booking and reservation prior to visit to make sure excellence services provided.
#spa #spaday #spatime #massage #spalife #dayspa #beautyspa #facial #spadays #massagetime #spalovers #relax #enjoy #wellness #daysoff #motivation #spatreatments #massagebenefits #massagelife #hotstonemassage #backmassage #bestmassage #relaxingmassage #spalife #selfmassage #reflexology #menicure #padicure



Tempat yang best,kalau ampa p sana, p cari Mr. Akai untuk urutan kaki.. aku berani jamin ampa akan puas hati...
ReplyDeletehotel ni memang cantik interior dengan view dia
ReplyDelete