Bila Mulut Hang Kena Katop

Gambar langit ditangkap oleh Yazid di depan Hospital Pulau Pinang (Padang Polo)
Mesti ada yang teringat kenapa tiba-tiba pada bulan Ogos 2019 aku announce kata nak tutup blog. Aku draftkan semua artikel dalam blog aku. Boleh baca mukasurat pertama sahaja mengatakan aku nak katop blog aku. Ada sesuatu yang berlaku sebab aku dinasihatkan untuk katop mulut buat sementara waktu, pengalaman itu betul-betul menyentapkan perasaan dan cara aku yang selama ini sangat berani nak mampuih kalau nak menyuarakan apa sahaja pendapat aku di media sosial.
Selepas dinasihatkan, aku diminta tutup blog aku buat sementara waktu, dan di media sosial aku, aku diminta untuk hanya bercerita tentang review-review makan dan tempat menarik yang aku lawati. Aku tak boleh buat sebarang ulasan mengenai politik, perihal yang sedang hangat atau viral, cerita pasai artis, gossip atau sebagainya.
Aku diberi masa sehingga 1 Januari 2020 dan aku boleh menulis blog semula, tapi still, cara penulisan aku masih lagi perlu dikekalkan seperti mana yang telah disyaratkan. Dalam erti kata lain, tak boleh dah nak mencarut sana sini.
Jadi aku kekalkan cara itu sehinggalah sekarang ini, ada pro dan contra atas apa yang berlaku. Pro (positifnya) adalah aku jadi lebih positif, hala tak bergaduh dengan orang. Otak tak semak, sebab aku tak perlu nak over thinking pasai benda-benda yang tak kena mengena dengan hidup aku. Yes, aku akui, tidak menulis benda-benda negatif membuatkan aku tidak perlu memikirkan benda-benda negatif, secara tak langsung membuatkan otak aku tenang dari biasa. Terima kasih, memang banyak kebaikannya.
Contranya adalah, aku rasa otak aku tak setajam dulu. Skill pemikiran kritis langsung tidak digunakan. Apa sahaja isu yang lalu depan otak aku, secara auto pilotnya aku akan sifirkan untuk tidak disemakkan dan terus dimasukkan dalam kotak dust-bin dalam otak aku. Jadi perlahan demi perlahan, aku rasa macam kosong pun ada. Rasa otak aku sia-sia. Rasa rugi, rasa jeles. Terutama apabila sekali sekala aku terbaca interpretasi karya tulisan netizen di laman sosial yang melakarkan pendapat mereka mengenai sesuatu isu yang sedang berlaku.
Berani, kuat, rasional.......itulah cara pemikiran aku dahulu. Sekarang pi mana?
Semua benda yang berlaku kat dalam tanda sejarah JUMIE SAMSUDIn di media sosial ada harganya. Aku kena 'bayar'.
PS/ JANGAN MAIN-MAIN WEH DENGAN ORANG GILA DALAM INTERNET. DEPA MEMANG GILA. DAN MEMANG GILA DEPA BOLEH SAMPAI TUTUP PERIUK NASI ORANG

Apa pun... Aku tetap sokong apa saja yg hg suka buat. Kadang2 mmg mcm tu.. Bila jadi outspoken ni nnt org biasa la akan ada la yg xsuka kat kita...
ReplyDeleteAku dengan hg pun perangai x jauh beza pun
Terima kasih sisters
Deletelook at the +ve side
ReplyDeleteapa pun moga terus bahagia dan dalam lindungan Allah, amin