Black Is King (2020)

Black is King by Beyonce.
OMG! Okay Beyonce buat gila lagi. Again and again and again, kepada ampa yang tak berapa nak follow sangat pasai Beyonce. Mai sini aku habaq pasaipa aku kata dia 'buat gila lagi'. Beyonce memanglah queen of all iluminati, hahaha sebab apa sahaja yang dia decide untuk buat dalam dunia muzik dia memang menggempar dunia, memecahkan internet, memecahkan tradisi perniagaan dunia hiburan dan secara tak langsung mengubah lanskap cara bagaimana pengguna dan penggemar seni muzik menghayati karya-karyanya.
Perkara pertama yang 'gila' dia buat dulu setelah dia bergerak di luar pengurusan ayahnya sendiri iaitu Mathew Knowles adalah apabila secara tiba-tiba tanpa sebarang promosi awal, tanpa preview, tanpa apa-apa perkhabaran langsung, dia drop self titled album Beyoncé pada tahun 2013. Full album siap dengan video klip untuk semua lagu available dalam semua platform muzik secara maya. Satu dunia jadi gila.
Dia penyanyi mainstream pertama yang buat kerja 'gila' macam tu sebab dia dengan yakin tau, dia punya penyokong tak perlukan apa-apa promosi. APA SAHAJA QUEEN BEE BUAT, BEE HIVE AKAN PATUH DAN IKUT.
Lepas Beyonce punya album tahun 2013, keluaq pulak album Lemonade tahun 2016 yang penuh dengan kisah-kisah pendedahan yang selama ini dia struggle dalam rumah tangga dengan Abang Jay Z. Sebab selama ni, Beyonce adalah satu-satunya mainstream artist yang tak BUAT INTERVIEW dengan mana-mana wartawan. Dia kalau nak buat apa-apa statement, dia buat sendiri melalui website rasmi dia, http://beyonce.com/ ataupun melalui penerbitan karya seni dia sama ada dalam bentuk lagu & muzik, video klip ataupun filem (dokumentari and such).
Then tahun lepas iaitu 2019, dia drop filem bertajuk Homecoming. Yang merupakan rakaman rasmi persembahan dia untuk Coachella Valley Music and Arts Festival tahun 2018. Filem ini ditayangkan di Netflix dan boleh juga layan muzik dia kot Spotify. Kepada yang bukan peminat Beyonce macam Ridhwan Shariff pun boleh terjebak untuk suka lagu-lagu dalam Homecoming ni. Lawak weh.....setiap kali dia nak jumpa aku, kat Padang Kota, masuk kereta, jumpa kat masjid pun...dia akan buat bunyi trompet "TEEETT TEET TEETT TTEETTT..." imittating bunyi trompet yang depa main bila Beyonce nak keluaq ataih pentas Coachella.
So, untuk tahun ini, 2020, Beyonce bok keluar satu lagi filem musical yang berkonsepkan karya seni visual iaitu Black is King. Filem ini adalah berdasarkan lagu-lagu dalam album The Lion King: The Gift yang dihasilkan rentetan daripada penglibatan Beyonce dalam filem animasi The Lion King di mana Beyonce meminjamkan suara dia sebagai Nala.
Filem musical Black Is King boleh ditonton sekiranya hangpa melanggan aplikasi streaming Disney +. Streaming apps ini macam Netflix la, tapi Disney punya. Actually kat Malaysia takdak lagi weh. So macam mana aku dah tengok? Of coursela sebab aku kan sepupu Beyonce, dia hantar filem tu straight untuk aku tengok weh.........



Filem ini panjang dia 1 jam 25 minit. Kena dengan tajuk dia, Black is King. Dalam bahasa Melayu maksudnya, hitam itu raja. Mula-mula sekali dia tunjukkan sebuah bakul raga duk terapung ataih sungai. Aku teruih teringat...NABI MUSA A.S! Okay.....so bila dah tengok filem ini dari awai sampai habis memang kronologi ceritanya disusun agar mempunyai refleksi penceritaan macam mana Nabi Musa dihanyutkan atas sungai Nil seperti mana yang tercatat dalam kitab-kitab suci.
Tapi Beyonce ni sebagai pompuan-pompuan Kristian (deni sebenarnya family dia jenis Kristian warak tau.....tolak buang baju seksi dan tarian-tarian dia tau.....kalau ikut cerita dia dari dulu...dia memang jenis warak punya) yang warak, ditambah pulak sekarang ni kat US of the A duk mengamok pasai Black Lives Matter (BLM), so of coursela dia kisahkan Black is King ni untuk habaq secara tak langsung yang Nabi Musa tu pun bangsa kulit hitam juga, bangsa Africa juga.
Penceritaan dalam filem ini juga, dia bagi empowerment la kat bangsa depa, iaitu bangsa Africa. Bagi kekuatan juga kepada wanita especially dalam lagu Brown Skin Girl....aku suka sangat movement ini. Aku rasa sapa yang duk masih feeling nak jadi putih, ampa sangat terkebelakang. Tapi sapa yang dah memang beranak-beranak kulit putih, tak payah la feeling nak pakai tan lotion plaks, sebenarnya paling penting adalah kena belajar selesa untuk berada dalam kulit sendiri waima apa pun tona warna kulit kita.
Selain karya agung refleksi dalam kitab-kitab suci, aku perasan semua tema dalam penampakan seni visual filem ini adalah berasaskan empat elemen bumi iaitu air, tanah, angin dan api. Semua ini menjadi latar belakang utama dalam hiasan set, rekaan fesyen (YANG NI PALING UTAMA) dan sebagainya.
Tanah
Ayaq
Kalau ampa tengok video ni part ni, angin ribut melanda seluruh kawasan kampung ni semua. Debu-debu terbang, tapi Kak Beyonces keluaq nak pi lepaih hanyut anak dia kat sungai. Inilah part elemen angin yang aku nampak.
Api
Bercakap pasai rekaan fesyen dalam filem ini termasuklah baju, aksesori dan make up yang bukan sahaja di pakai oleh Beyonce malah semua sahaja yang ada dalam filem ini. MEMANG MELETOPS GILA. Aku rasa fashion-fashion moments dalam filem ni memang berlambaq gila. Aku rasa macam mata aku keluaq bintang sepanjang aku tengok filem ini. Antara moments yang paling aku suka adalah, baju tisu-tisu terkoyak yang Beyonce pakai masa awai-awai dalam filem ni (lagu apa aku tak pasti), pastu aku suka juga baju pink tulle yang kepok-kepok dia pakai kat tepi pantai dengan bakul atas kepala, dan last but not least.....aku suka dia pakai jacket besaq kepok-kepok dengan leotard print binatang sambil posing atas kereta. nahariam.......................orang lain pakai nampak macam ser, produksi murah. Tapi bila Queen Bey pakai teruih rasa macam wowww....meletops.

Baju tisue ni dia pakai banyak kali. Last sekali dia terapung ataih laut pakai baju ni. Gambar tu ada kata ataih aku share. Dah la baju ni kembang2 macam obor-obor dalam laut. Dari jauh kalau ikan paus tu rabun macam Nizal mampuih dia telan Beyonce seketoi.

Kerlas sangat baju ni.

aku suka dia pakai jacket besaq kepok-kepok dengan leotard print binatang sambil posing atas kereta. nahariam.......................orang lain pakai nampak macam ser, produksi murah. Tapi bila Queen Bey pakai teruih rasa macam wowww....meletops
Akhir kata, aku buat review ni setelah aku tengok filem ini sebanyak dua kali semalam. Aku sangat suka, semua penampakan seni visual yang disampaikan dalam filem ini sampai ke hati dan jiwa aku. Aku rasa eksaited, happy (especially bila tengok anak-anak dia), rasa terpegun, terpana, syiok, kagum dan ada juga sedih. Beyonce memang hebat. Dia letak satu standard yang tersendiri dalam perjalanan seni dia.
Dia tak ikut acuan yang orang dah bentukkan sebelum ni. Dia tempah acuan dia sendiri. Dan semua orang ikut. Aku tulis review ini juga, TANPA MEMBACA ATAU MENENGOK review daripada orang lain sebab aku tak mau nanti aku terpengaruh dengan pendapat depa. So aku tak tau adakah orang ramai menyambut baik penerbitan filem ini, ditambah pulak dengan keadaan politik, ekonomi dan sosial di seluruh dunia (especially negara asal Beyonce sendiri iaitu Amerika Syarikat) yang sangatlah terkesan daripada wabak COVID 19 ini.
Timing mungkin tak kena, sebab dia plan buat filem ni mesti dari dulu lagi sekaligus dengan cerita The Lion King. Tapi itulah, kalaulah bukan sebab COVID 19 aku rasa dia punya African showcase ni boleh bagi boost yang besaq kepada industri seni di negara-negara benua Africa sebab dia banyak tampilkan tempat-tempat menarik, penyanyi dan pelakon dari negara tu.
Jom tengok fashion moments dalam Black is King yang aku suka.

Lepaih ni aku nak beli safety pin banyak-banyak dan bubuh kat aku punya anak tudung nak jadi macam ni. Elok kan. Tapi aku tak bubuh la salib tu gila. Sat aku mai pakai kerja, aku ti terbakaq teruih.

Jadi mayat pun elok. Nahariam punya Beyonce.



Aku tak tau sapa model ni. Tapi dia part-part fesyen pelik-pelik ni. Aku tau deni semua orang yang sama nakhariam. Cantik tapi skeri wehs.

Abang Jay pun ada dalam part lagu 4 Eva.

Elok ja dia pakai tuala lagu tu.

Ini adalah fashion moment yang aku paling suka jugak. Terlupa nak mentioned kat ataih. Dia suruh butler mat salleh dia ni ikut dia pegang skirt dia kepok-kepok pusing kat depan rumah. Mampuih detu duk kena ikut.

Arrrghhhh aku suka moment ni! Kelly Rowland banyak appear dalam video dia. Michelle dan Solange takdak. Takpa maybe dia nak kekalkan continuity sebab Kelly disebut dalam lagu Brown Skin Girl. Tapi apa pun......................AKU BERSYUKUR SEBAB DALAM BANYAK-BANYAK APPEARANCE Duchess of Sussex TU TAKDAK. LEGAAAA.......THANK YOU BEYONCE FOR THAT.

Comei deni dengan sarung tangan duk hirup teh.

Permainan chess banyak dimasukkan dalam filem ini. Sebab kena dengan penceritaan dalam filem ini iaitu macam mana kita nak mencaturkan hidup. Hangpa kena tengok baru ampa paham.

Yang ni set chess hitam pulak.

Aku tengok ni aku pun feeling la duk makan dengan Khafi kat meja. HAHAHAH......isteri-isteri kovid naitin. Jenuh duk kena masak hari hari. Lani isteri kovid naitin takdak dah, isteri dah boleh melewaq merata. Lupa dah nak masak kat laki.

Wehssss skeri wehs yang ni. Masa depa nak buat movement ni, jangan la sapa-sapa kentut.

Hangpa tengok betui-betui na, kat bawah pokok tu bukan ayaq tau. Tu semua adalah plastik lapik meja..........depa beli kat kedai plastik Doby Guard.

Masa performance Half Time Superbowl, Beyonce menjadi sensasi sebab gambaq dia menari punya fokus sampai muka dia jadi lawak dan skeri. Nah...dalam filem-filem ni, dia menari jelir lidah teruih.

Mak dalam gelung rotan.

Anak pun mau juga.

Masa ni lagu "Water" menampilkan rapper meletops, Pharrell Williams. Ampa tengok na pentas ni dari jauh.


Haa nenjia pentas tu diperbuat daripada tong-tong ayaq, simbolik untuk penduduk kat kebanyakan negara di benua Afrika yang sukar nak dapatkan ayaq bersih. Depa akan isi ayaq dalam tong-tong macam ni la. Genius.

Fesyen ini bertajuk, patuhlah SOP.

Love this moment too.

Anak dia Blue Ivy, kalau dia tak senyum muka dia macam Jay Z. Tapi kalau dia senyum teruih manis macam mak dia. Comei anak menakan aku. Sikit hari period la ni.

LOVE THIS! Topik rambut dalam kaum Afrika adalah sesuatu yang amat penting untuk membangkitkan semangat dan keyakinan diri.

Kerlas kak Beyons, duk sunbathing kat tepi pokok serai.

Tak sure part ni lagu tajuk apa, tapi part ni la yang elemen angin diketengahkan. Angin duk tiup dengan kuat, Beyonce duk dalam rumah duk dodoi anak dia. Bila angin bertiup dengan lebih kuat, dia pun keluaq dan menangis-nangis untuk menuju ke sungai. Orang lain duk lari nak selamatkan diri, tapi Beyonce nak pi hanyutkan anak dia. Pastu nampak la anak dia masuk dalam raga, dan raga itu dihanyutkan oleh arus sungai yang deras. Masa ni, aku boleh rasa, maksud dia adalah....MAK KITA LEPAS LAHIRKAN DAN BESARKAN KITA, DIA AKAN LEPAS KITA UNTUK HIDUP DALAM DUNIA KITA SENDIRI. Walaupun dia sayang kat kita, tapi itulah pengorbanan yang dia buat. Sebab bila kita dihanyutkan oleh arus sungai, masa tu la kita belajar untuk survive. Sebab at the end of the day, kita bukanlah dibuang oleh mak kita sebab dia tak sayang kita, tapi sebab dia sayang dan nak lindungi kitalah, dia lepaskan kita. Kerlass...aku suka mesej ni. Duk jaga sangat anak sampai apa pun tak tau nak buat. Last-last anak tu jadi beban kat mak bapak juga.





Aku suka sangat head gear pokok-pokok yang dipakai oleh budak-budak ni. Ada yang layu-layu dah, tapi kelayuan itu adalah a part of the story.

Okay nak habaq kat ampa, lepas budak tu dihanyutkan oleh arus sungai. Last-last raga tu sampai kat taman cantik ni. Dan Beyonce cantik ni pun menjelma dan mai amik budak dalam raga tu. Kepok-kepok putih kat baju tu, aku macam tau dia simbolik apa tapi aku tak mau sebut.

Dalam segmen lagu My Power aku sangat suka sangat banyak elemen-elemen fesyen yang menarik. Dengan latar artitektur juga main peranan. Part ni aku perasan banyak elemen iluminati ditonjolkan secara rahsia.

Kerlas Blue....dia pun menari macam mak dia juga!


Siput-siput ni dulu tok tok kita buat tirai nak masuk pintu kan? Nenjia, Beyonce buat face mask teruih.

Sekian, sahaja pendapat aku. Sapa nak tengok Black Is King, sila email aku.






Punya dok kusuk baca hang dok review sampai abhe teruih ahkak tak gheti nak komen
ReplyDeletetapi nal komen juga he3