Sapa Tak Makan Ikan Sungai?

Jemput makan semua.

Pucuk di cita ulam mendatang,  aku ni contact Tuan Salman nak beli ikan patin kat dia.  Dia pulak,  nak bagi aku ikan patin ni free nak suruh makan!  Aku pun,  dah alang-alang lani ada page Jumie TV yang mana aku duk buat video review-review apa semua ni,  so aku pun collaborate dengan dia.

Tapi lawaknya,  Nizal a.k.a Achi Kelumbong dia tak makan ikan patin.  Malah apa sahaja jenis ikan darat dia tak telan.  Haritu masa kami pi Baling pun, ada orang jamu ikan pekasam langsung dia tak sentuh.  Aku ingatkan mula-mula,  nak buat review suprise,  makna kata aku bok mai makanan tu masak semua siap-siap,  setting video,  setting microphone,  setting lighting,  bila on sahaja lakonan maka aku pun bok keluar lauk ikan patin masak tempoyak Pahang depan dia. Haaaa nak tengok betul-betul reaksi dia macam mana.

Tapi bila pikiaq balik,  deni boleh buat gila pulak.  Mau satgi dia buat muka nak termuntah ka apa,  haiiii rezeki tu.  Takkan kita nak buat main-main kan?  Tak boleh nak disalahkan,  bukan sebab Nizal anak mami,  sapa-sapa sahaja kat dunia ini bukan semua reti makan ikan darat ataupun ikan yang ditangkap dalam sungai.

Macam aku dari kecik bapak aku memang ajar makan ikan sungai or ikan parit.  Sepat,  puyu,  keli, tilapia,  semua kami anak beranak balun.  Paling aku tak boleh lupa,  lepas kejadian banjir kat kampung sekitar tahun 1990 an,  orang kata kat Sungai dalam Kebun Lama tu (kampung di pinggir Georgetown tempat aku membesar) ada ikan keli Africa yang sesat kat sungai kami.  Ikan tu punya besar kepala dia macam anak biawak,  badan dia bercorak-corak macam ikan kerapu.  

Lebih kurang macam ni la ikan tu.  Gambar ambil dari artikel ini:  https://www.mstar.com.my/niaga/2017/06/16/kaedah-ternak-keli

Berhari-hari bapak aku cuba jala ikan keli tu,  nenjia....akhirnya dia berjaya tangkap ikan keli tu.  Memang besaq nak mampuih.  Rasanya macam satu depa punya panjang.  Sayang nya kami tak amik gambar,  ha la zaman dulu, bukan ada camera digital ni apa semua.  Sekali sekala ja jenuh nak kena pi kedai Kodak beli filem 36 keping.

Bapak aku simpan ikan keli tu dalam satu baldi besaq (baldi mak aku duk rendam kain),  tutup dengan jaring dan tutup jaring tu dengan batu bata supaya dia tak lompat keluaq.  Hang bayangkan kalau ikan tu lombat keluaq pi dapoq.  Na-aih jugak.  

Bapak simpan ikan tu dalam baldi dalam seminggu juga,  tujuan dia?  Nak bagi ikan ni muntah segala benda dalam perut dia.  And at the same time,  ikan tu pun bapak tak bagi dia makan apa-apa.  Lepas seminggu lebih kurang,   aku tak tau macam mana bapak aku buat,  tapi balik-balik ja dia dah pesiang ikan tu siap!  Teka mak aku masak apa dengan ikan tu?  FISH AND CHIPS...........................sumpah aku cakap kat ampa itulah fish and chips yang paling sedap aku pernah makan selama ini.

Apa aku duk cerita merapu ni oiiii??? Daripada ikan patin sampai masuk fish and chips ni semua.  HAHAHAH.  


Okay berbalik kepada Nizal yang tak makan ikan darat,  so daripada nak suprise dia makan ikan darat untuk review kat video.  Last sekali aku pikiaq,  better aku habaq kat dia apa projek review makan yang seterusnya.  Nasib baikla aku habaq,  memang dia pun bagitau kat aku sejujurnya,  dia memang tak boleh nak telan langsung ikan darat.  Kalau cuba juga,  takut nanti termuntah ka apa.  Tak baik...rezeki kan.

Nenjia satu box teruih Tuan Salman mai delivery kat saya.


Patin Pais Frozen
Bukan pes tau,  pais!  Pais ni adalah makanan yang popular dalam kalangan makanan Indonesia,  di mana rempah ratus atau sambal akan diadun bersama ikan untuk dibakar atau disteam dalam balutan daun pisang ataupun daun kunyit.  So konsep dia,  ikan itu akan masak stim dalam balutan itu dengan adunan rempah yang sedap.  Baguihla depa buat ikan patin pais ni sebab kot-kot la sapa tak makan tempoyak,  boleh makan hat lagu ni.


Kita nyah beku dulu.


Terima kasih jiran ku Aniza sebab bagi aku hadiah periuk ajaib ni.

Kita bakor je u olls.

Dah siap u olls!

Setiap pais ikan patin dibalut dengan daun kunyit dan diletakkan dalam foil kemas.

Nahariam sedap u olls!


Ikan Patin Tempoyak Frozen
Okay ini pulak set ikan patin tempoyak frozen.  Kepada yang tak pandai or yang pemalas memasak seperti saya (hahaha),  ini adalah yang terbaik untuk anda.  Nyahbeku ikan,  bubuh dalam periuk,  tuang tempoyak,  bubuh ayaq secukup rasa pastu bukak api! Mendidih teruih siap. Tapi make sure masak api kecik lama lama sikit la,  satgi ikan isi dia tak masak pulak.  Sebab patin depa bagi ni gemok-gemok isi tebai.


Elok ikan dia kan?

Setiap pack ada 1 bahagian ikan sahaja dengan adunan tempoyak secukupnya.  So ini adalah dua pack la u olls.


Tempoyak pahang yo!  Depa kata,  tempoyak tu kena bubuh negeri apa sebab kalau tempoyak Perak resepi dia lain sikit.

Bubuh dalam tefal dan masukkan air.  Bukak api.  Gichu....

Dia duk mendidih dah.  Tapi kan nak habaq,  ni aku macam terlebih ayaq sikit.  Sebab tak mau bagi pedaih sangat.  Siries weh tempoyak depa bagi ni walaupun kuning elok,  tapi pedaih tau!  Pastu siap ada daun laksa semua.  Wangi tau.


Gila kalau mak mentua tengok dia kata....pandainya menantu aku.  Yebbaaa ewah!


So kami pun bincang-bincang dan capai satu keputusan untuk shoot video makan-makan dengan menjemput Achi Cina a.k.a Faezah Eija.  Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....kami jemput Achi Cina dengan tujuan nak suruh dia teman aku makan ikan patin la sebab Nizal tak makan.  Tak sangka pulak,  walaupun lakonan tanpa dialog,  keputihan kulit Achi Cina menambat hati peminat.  HAHAHAHA

Keluarga Angkat dari Jengka Pahang
"Koi makan makan ikan patin nie...sedap ngatt...aokme bole beli pro duk ni. Paduu bosskoi. Jemput makan rerodong..."  Maksudnya: Aku duk makan ikan patin ni, sedap sangat. Hangpa semua kena b3li pro duk ni. Padu bosskur! Jemput makan ya kawan-kawan.  Ayat ni aku dapat dari adik angkat aku Azizol Saari.  Itulah watak Achi Keriau masa berlakon,  dia kata zaman dia jadi pramugari dia ada keluarga angkat dari Jengka Pahang.  Actually fakta tu memang betui pun,  aku dulu belajar kat Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah,  Kuantan Pahang dan semasa aku belajar kat sana,  aku berpeluang untuk jadi anak angkat kepada Mak a.k.a Puan Shariffah a.k.a Cik Ani dan Abah Shaari dari Blok 9,  Jengka 23,  Pahang.

So apa watak Achi Keriau tu cerita dalam video tu memang pengalaman aku yang betui la.  Last aku makan ikan patin masa pi Kuala Lipis masa wedding kawan aku Piejah Noorpeah.  Pastu lamaaaa sungguh la tak rasa dah lauk ikan berlemak tu.   Bila dengar kata Tuan Salman duk jadi saudagar ikan patin kat Penang,  memang aku syiok la!  Tambah pulak dengan harga dia yang amat berpatutan tu.

Jadi kepada hangpa semua,  orang Penang atau orang mana-mana sahaja dalam Malaysia ni,  mai try ikan Patin Paskal ni.  Memang terbaik.


Patin Paskal Penang Patin Tempoyak Pahang 🐟 😋 🥣
🐟 Fresh dari sangkaq di Sungai Temerloh, Pahang
🐟 Mudah dimasak, buh ayaq ja....
🐟 Ikan Segar ( pack vacuum)
🐟 Tahan Lama
🐟 Tidak Berbau Hanyir
🐟 Isi Lembut

PATIN PASKAL 🐟 😋 🥣
Ikan Patin Tempoyak Frozen = RM9 /pack
Patin Pais Frozen = RM8 /pack

👍👍 H A R G A M A M P U M I L I K
Pilih bahagian, kepala, badan or ekor

F0ll0w FB: Patin Paskal Penang Patin Tempoyak Pahang (sorry depa takdak IG)
Whatsapp 📲 +60 17-450 0731 (Tuan Salman)

#patinpaskal #ikanpatin #ikanpatinpenang #patinpaskalpenang #tempoyak #patintempoyak #paispatin #tempoyakpenang #penang #perak #pahang #durian


Comments

  1. Yaaa rabbi
    akak geram sungguh la haaiii dengor hang and the geng ckp penang jumie ooiii
    sedap sunnguh na haaaaiii idgham penang ampa he3
    abeh satu opis akak tunjuk bideo hang
    aternya aku kan front office, depa dok pi mai dpn aku dok tgk aku teghenyih la, tegelak la
    aku tala teruih bideo ampa, sama2 gheyih, sama gelak he3

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts