Cafe Lagenda Berpindah

Lobster ni takdak dalam menu.  Tapi kalau hangpa mau,  boleh pre order dengan depa.  Siries sedap..........................


Wehs!  Hangpa tau kan Cafe Lagenda? Restaurant yang popular sebab dia hidang atas congkak tu?  Aku selalu duk post pasai Cafe Lagenda ni kat blog aku dan sosmed aku semua.  Hangpa kalau nak tau,  4 5 tahun sudah masa Cafe Lagenda mula-mula beroperasi,  owner dan chef Cafe Lagenda jemput aku suruh mai review.  Aku pun mai la review bodo-bodo untuk depa.  Daripada situ,  mulalah persahabatan kami sampai lani.  

Masa PKP haritu,  kesian jugak kat Cafe Lagenda sebab depa strunggle dengan business.  Of courselah,  mana-mana perniagaan pun melalui kesukaran yang sama.  Aku pun tak boleh nak tolong dia apa-apa masa tu sebab aku bukan keturunan Sultan Brunei ka apa.  Kalau aku keturunan Sultan Brunei,  aku boleh jemput pasukan Cafe Lagenda untuk kerja bawah aku,  jadi personal chef gitu.  HAHAHAH takdak la bertungkus lumus jadi isteri kovid naitin pukul 3 pagi duk kena masak capati. HAHAHA

Tapi apa sahaja yang berlaku kepada ummat manusia sepanjang #covid19 ni pastinya ada kebaikan yang Allah nak bagi keesokan hari.  Baik yang bekerja,  baik yang berniaga.  Sabar la banyak-banyak.  Macam hangpa duk baca dalam berita,  laporan menyatakan beribu orang kehilangan kerja akibat PKP.  Tapi aku selalu pikiaq other wise,  aku kata,  kita pikiaq orang kena buang kerja,  tapi sebenarnya berapa ribu pintu rezeki lain terbukak akibat PKP ni.  Perniagaan online, kerja-kerja runner,  home cooking apa semua.....................haa tu semua punca pintu rezeki la tu.  Hang nak percaya ka dak?  Rezeki tak salah alamat u olls.  Dia cuma delay ja sikit.


Jadi bila start ja PKPP,  orang ramai dah boleh start keluar-keluar dan kedai makan dah boleh menerima kunjungan pelanggan di premis,  maka berita baik daripada Cafe Lagenda adalah depa telah berpindah tempat.  Dan aku dan kawan-kawan pun apa lagi.............. pi la 'merasmikan' kedai depa pada hari pertama pindah tu.  

Okay aku tak mau cakap banyak.  Hangpa boleh tengok gambar-gambar ni.  Kesimpulan aku adalah,  makanan semua sama.  Kualiti semua masih A!!  Sedap nak mampuih,  layanan tip top,  kedai pun best,  rasa macam santai relek bersama kawan-kawan.  Amik gambar pun semua jadi lawa-lawa pulak kami ni.

Gambar Ketika Pergi Makan dengan LahanJS
Okay ini gambar semasa aku dan geng aku mai makan sini.  Ini masa first day dia beroperasi dengan SOP yang ditetapkan.  Tapi kami punya syiok,  SOP pun tak berapa nak patuh.

Menu masih sama,  tauke dia kata nanti depa nak tambah sikit menu.

Deni duk syiok la selfie dengan menu tu.  Sebab sebenarnya...menu tu dia yang design.  HEHEHE

Penuh skrin hang pun.





Suasana dalam kedai dia.  Kedai baru dia dia lebaq,  so rasa macam selesai pulak secara psikologinya.  Kedai lama dia memanjang.  Tapi dari segi aura,  aku suka kedai baru ni lagi.  Ada ruangan untuk dalam kedai dan juga makan kat luar.  Hangpa boleh la  feeling al fresco


Hello ya,  nak cakap dengan siapa?  Tanya Cikgu Yazid.


Deni tak habis-habis duk cerita kata dia jatuh beskel.  Rimaih!!  Sapa nak beli lipcolour lawa lawa Hush by Nissa,  mai bukak page dia kaih:  https://www.facebook.com/nischaismail

Depa ni duk berpakat nak menjatuhkan aku.  Aku tau.  Musibat semua.


Hangpa kalau nak tau,  banyak gambar-gambar dalam blog dan sosmed aku lani deni la tukang amik.  Bagus camera man ni.  Aku bawakan khas dari Jelutong.

Hari ni Faez Pengurup Wang a.k.a tauke Tea Kadai Penang tak tau pasaipa tiba-tiba hari ni macho dan hemsem terlebih.  I wonder why.....HAHAHAHA


Afat Gillard,  founder serbuk teh tarik yang terbaik di pasaran.  Haaa.....mai tengok page dia: https://www.facebook.com/GillardGourmet  bersama tauke Hush by Nissa dan seketoi lobster yang telah dikorbankan.


Okay jom kita tengok gambar makanan pulak.  Yang ni lobster masak apa aku tak pasti.  Tapi kalau hang nak jugak aku bagi tajuk,  aku bagi tajuk ni "Lobster Masak Sedap-sedap by Cafe Lagenda."  HAHAHA.  Actually lobster ni takdak dalam menu,  tapi tauke Cafe Lagenda saja saji khas untuk kami yang comel-comel ni.  Terima kasih banyak-banyak Shad and Bella.  Tapi nak habaq kat ampa la,  kot-kot ampa plan nak buat special lunch+dinner kat sini,  HANGPA BOLEH SPECIAL ORDER LOBSTER NI UNTUK HANGPA.


Stress la tulis blog ni time lapaq.

Gado - Gado. Benda ni wajib order kalau mai. Gado-gado ni ada macam macam cucuq la apa semua, nasi impit, sayur steam makan dengan kuah kacang.  Sedap wehsssss........aku pernah la nak buat sendiri kat rumah.  Renyah wehssss sebab banyak benda nak kena prepare hahahaha 


Kalau tak salah aku ini adalah Grilled Seabass & Ginger Bud Sauce.  Memang terbaik u ollls!  

Ini satu lagi cadangan untuk ampa,  apa la duk makan ayam saja.  Boring.  Mai try ni...Pan Fried Salmon


Ini kegemaran aku dulu kini dan selamanya.  Asian Prawn Oglio 


Inilah signature congkaknya.  Ada beberapa hidangan dalam menu yang mana,  condimentnya disusun dalam congkak.  Menarik u olls!

Ini belum bukak baju.

Bila bukak baju,  dia jadi lagu ni.  Haaaaaa inilah Prawn Lemak Pineapple.  Dia mai dengan set congkak,  kuah udang masak lemak,  pastu kerabu mangga macam mana ka.

Yang ni pulak set Ayam Percik Madu Tiga.  Oiiiii stress la nak kena tulis tulis ni. Aku lapaqqq laa...ampa tengok gambaq dah la.  

Yang ni tajuk dia Kelaman Chicken.  Basically dia adalah ayam panggang dengan sauted onion.  Sedap wehs....


Haaa ni la meja kami meriah u olls.  Rasanya inilah feast pertama bila mula PKPP.  Wehssss.....memang best la 3 bulan tak keluar rumah.


Panacota Serimuka

Desserts time.  Sebenarnya kami order 3 desserts,  tapi dua ni ja mai.  Kami pun segan nak minta depa buat lagi satu,  sebab.........kami pun dah kenyang yak mat.  Ni kira cuci cuci mulut la.


Banana Bakar 


Haa seronok laaaaa.....Ridhwan Sharifffffffff.............


Bersama Azmi yang comels.  Nama dia Azmi,  dan hari kami keluar ni bukan birthday dia na.  HAHAHAH tapi kami pekena dia hari tu.  Ampa kena tengok video aku kat bawah baru ampa paham.  HAHAHA


Gambar ni aku nak print dan bubuh kat pintu masuk rumah aku.  Gambaq rezeki ni.  HAHAHAH.  Ni la Shad,  owner Cafe Lagenda.


Final photo with Bella and Shad,  terima kasih kerana sudi melayan kami terbaik malam tu.  Semoga terus sukses di premis baharu ini.


Jangan lupa tonton video yang saya buat.

Gambar ketika pergi makan dengan Aini dan Sunmelon
Okay hangpa kalau nak tau,  tak lama berapa hari lepas aku pi Cafe Lagenda dengan kawan-kawan aku for dinner,  aku mai lagi sekali makan kat sini untuk lunch bersama kawan baik aku Sunmelon dan wife dia Aini.  Depa tak pernah mai Cafe Lagenda,  walaupun dah banyak kali depa duk tau aku suka mai sini.  Takdak rezeki!  Hari ni depa mai makan sini,  depa punya puji seronok!  Depa nanti mai la lagi....

Another gado-gado for appertizer.

Begedil.  Aku first time order ni. Walaupun dah banyak kali mai.  Sedap.  Isi ubi dan ayam.  Cicah dengan dia punya sos mayonis.  Lain rasa.  Sedap.

Ayaq Saloma Delight.  Mocktail gabungan pudina segar,  limau nipis,  mangga dan markisa.  


Yang ni pula kiri,  jus buah pala dan sebelah tu adalah mocktail Melody & String.

Another spaghetti for me.  Spaghetti masak Creamy Massaman Chicken Curry.  Kalau sapa tak tau massaman tu apa?  Massaman tu adalah ramuan kari berkrim dari Thailand.


Amer makan Squid Masak Kam Heong.


Aini dia tak tau nak makan apa,  aku order ni untuk dia.  Dia suka.


Bersama Aini Ajinomoto.  Jarang keluaq dengan dia ni.  Penyengap orangnya.

Deni makan kenyang,  dia kata,  lepas ni dia boleh mati dalam iman.


Cafe Lagenda
Alamat baharu:  No 2, CARNAVON STREET,⁣⁣⁣⁣
10100, Georgetown, Malaysia⁣

Business Hours during CMCO;⁣⁣⁣⁣
๐Ÿญ๐Ÿฎ:๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐—ฝ๐—บ ๐˜๐—ผ ๐Ÿฏ:๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐—ฝ๐—บ ๐—Ÿ๐˜‚๐—ป๐—ฐ๐—ต⁣ ⁣
๐Ÿฒ:๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐—ฝ๐—บ ๐˜๐—ผ ๐Ÿญ๐Ÿฌ:๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐—ฝ๐—บ ๐——๐—ถ๐—ป๐—ป๐—ฒ๐—ฟ⁣⁣⁣

๐ŸŽ’๐ŸŽ’ Instagram๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

๐ŸŽ’๐ŸŽ’ FB

☎️ Call / Whatsapp
Untuk pertanyaan atau booking whatsapp ke ๐Ÿฌ๐Ÿญ๐Ÿฎ-๐Ÿฐ๐Ÿฏ๐Ÿณ ๐Ÿฑ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿต 

 #achikelumbong  #penangfood #foodporn #foodie #malaysianfood #penangcafe #penangcafehoping #cafehoping #halalfoodpenang #halalfood #halalcafe #lagendacafe #georgetowncafe #malayfood #foodlover #foodhunter #legendaryfood #malayfusion #lagendacafepenang #vm2020 #penangtourism⁣⁣⁣⁣⁣⁣ #visitmalaysia2020⁣⁣⁣⁣

Comments

Popular Posts