Achi Kelumbong

Semasa PKP,  siries habaq kat hangpa dua minggu pertama aku macam eksaited lebih sebab macam syioknya duduk rumah,  buat kerja dari rumah,  main dengan kucing,  masak,  tidoq bila masa hang suka,  makan bila masa hang suka.....SUKA HATI LA.....Tapi mai lepas dua minggu aku flat down rasa macam dunia nak runtuh. 

Aku kan kaki melewaq dan selalu aktif keluaq pi sana sini,  merabu dengan kawan-kawan.  Tiba-tiba jem tak boleh buat apa.  Mampuih dah (yes masa tu mai la cycle Bipolar aku yang down tu).   Tapi lani alhamdulillah Bipolar aku tak teruk macam dulu.  Aku down,  takdak mood,  tapi takdak la pikiaq bodo-bodo sampai nak bahayakan diri sendiri.  Jadi bodo saja sat.

So masuk minggu keberapa aku tak ingatlah,  PKP ni kan dah banyak fasa,  masa tu kita dah boleh keluaq-keluaq dah sikit,  nak dekat raya dah masa tu.  Aku dapat offer daripada dua orang sahabat,  minta tolong promote makanan.  Hangpa pun tau la,  aku ni rezeki memang mengalir banyak macam sungai.  Selalu ja kawan-kawan contact suruh makan free dan buat review kat sosmed aku. 

Dua orang pertama yang mai suruh review adalah Kak Fina yang buat business ajen Ayaq World kat Penang ni dan sorang lagi Shafiq Kamarudin,  owner cafe KAPITS di USM.  Depa suruh kami review.  So aku pun cerita-cerita dengan kawan baik aku iaitu Nizal Ashriff.  Deniiiilaaaaa akai bagi idea..............

"Apa kata,  kita buat video macam mami mami lama bersembang dan cerita pasai makan ni semua.  Kita pakai kelumbong macam mami dulu-dulu."


"Hang biaq betui?  Takpa ka hang pakai kelumbong  semua?"  aku macam musykil deni betui ka?  Kelumbong tu kalau hangpa nak tau maksudnya tudung dalam loghat Penang mami-mami ni.  Depa dulu tak kata pakai tudung,  depa kata pakai kelumbong.

"Aku betui laa...jom jom kita buat review."

Maka bermulalah review kami pertama untuk Ayaq World dan Kapit's punya promosi kek sempena raya.  Kami shoot kat rumah saja.  Skrip?  TAKDAK!! Cuma Yazid Aziz iaitu kawan kami bertindak sebagai pengarah and camera man,  dia la nanti peringat...suruh cakap benda tu,  benda ni,  perkara penting kena habaq dalam video.  Siries wehs,  kami takdak skrip,  kami berlakon macam mamu mamu boria zaman dulu.

Sapa pernah tengok boria?  Dalam persembahan boria,  sebelum part menyanyi-menyanyi keluaq,  mesti ada lakonan boria  kan?  So kami buat lebih kurang macam tu la.  Dulu kat kampung-kampung dalam Penang mesti ada wakil team boria,  dan pelakon-pelakon ni mesti orang yang dah biasa.  Depa akan berlakon cerita pasai isu semasa dan time ni la keluar sesi camdek mencamdek (sindir menyindir).  Dan memang diwajibkan salah seorang pelakon 'berpakaian wanita'.  Nanti hujung tahun,  masa Pesta Pulau Pinang hangpa mai tengok la pertandingan final boria!  Best tau. 

Hence....terlahirlah Achi Kelumbong.  Lani kami ada 5 video dah,  lagi 2 video akan keluaq.  Dan alhamdulillah,  walaupun video sebelum-sebelum ni kena block,  kami dah mula reupload dan orang masih terus menonton hasil kreativiti kami. 

Dan terus terang kami cakap,  kami buat video ini hanyalah untuk suka-suka bagi mengisi masa lapang sambil dengan niat nak membantu perniagaan kawan-kawan kami.  Jika ada salah dan silap kami, ada benda yang tak suka ka apa, kami susun sepuluh jari harap dimaafkan. 🙏🙏🙏🙏 

Hangpa teruslah support kami okay!  Jangan lupa subscribe and follow saya di Facebook dan Youtube untuk tonton video kami terbaharu. 







 

 

 


 


Comments

Popular Posts