Se-Petang di Vouk Hotel Suites



Hey gais!  So hangpa petang-petang kalau dah bohsan tak tau nak pi lepak mana-mana untuk minum teh tarik sambil pekena bihun sup ka,  mee hokkien dengan cucuq-cucuq ka apa,  apa kata ampa mai minum-minum Se-Petang di Vouk Hotel Suites.  Se-Petang bersama Vouk Hotel Suites telah mula beroperasi semula sejak PKPP menyajikan hidangan ala street food yang pelbagai pada harga yang amat berpatutan. Antara juadah yang disajikan Hokkien Mee RM5 semangkuk.  

Selain itu depa ada Char kueh teow, laksa, bihun sup Malay style, satay, cucur and popia serta teh tarik. Pada hari istimewa ada bubur lambuk, durian dan fresh dodol!



Untuk pengetahuan hangpa,  program ni setiap hari Isnin - Jumaat.  Tema dia street food dan disajikan betui-betui kat perkarangan Vouk Hotel Suites.  Bermula 4:00 petang sampai malam.  Takdak admission fees,  dan kalau kita nak makan,  kita hanya kena beli cupon kat kaunter yang disediakan.  Macam hari kantin kat sekolah tu.

Masa kami mai ni,  kat luaq tu hujan renyai2 sikit.  So kami masuk dalam dan lepak kat lobby hotel dulu.


Memang syiok la la lepak petang-petang dengan kawan-kawan sambil gelak dan makan sedap-sedap.  Makan kat hotel,  tapi feeling street food.  Yess!  Promosi ini sehingga akhir bulan Disember 2020 tau.  So jom ajaq kawan-kawan semua.

 
Yazid and Ridhwan pun ada dengan I olls hari tu.  Ridhwan Shariff opis dia dekat ja dengan VOUK Hotel ni.


  Char Koew Kak,  dia punya tepung tu actually sama macam Char Koew Teow.  Tapi Koew Kak ni dia macam bengkak kecik2.  Cara goreng macma Char Koew Teow la.  Yang ni RM5 jaa kot....lebih kurang tu ja

Popia goreng gais.


Satay ayam dan daging.  Surrrrr


Yang ni aku suka u olls.  Dia adalah ayam terikayi burger.  Nama apa aku lupa.  Tapi memang sedap suur.


Cucur cempedak gaiss....


Kat belakang I olls tu nama dia Nick Conan,  dia one of the sales person dari VOUK Hotel yang tak pernah jemu-jemu jemput I olls buat review.  Terbaik Nick Conan ni,  rajin dia bekerja dan setia dengan VOUK dah lama.  Hangpa boleh follow dia kat sini,  dia boleh advice and tolong hangpa kalau kata nak buat event,  booking kat mana-mana hotel under VHM Management:  https://www.instagram.com/nickconan87/  atau Whatsapp dia kat sini:  +60 17-409 8713




Selain hidangan street food macam i habaq kot ataih tu,  depa jugak ada fresh dodol dan durian!  Aiiiiiyooo...sempena raya katanya.  Memang sedap dan wangi dodol depa.  Harga pun murah u olls.  Durian tu satu tupperware RM23 dodol tu kecik RM6 sahaja.




Teh Tarik u olls.  Rasa yang ni harga dia RM2.50 kot.

Okay second round,  char koay teow plaks!


Okay gais.....mee hokkien dia memang terbaik!  Yang ni favorite aku jugak selain burger ayam.



Okay tiba-tiba kita pose sat.






Sekali lagi pose bersama Nick.  Thank you so much Vouk Hotel for inviting me again and again.



Se-petang D’VOUK
 Available from Monday to Friday
 4.00pm to 9.00pm.
 
Vouk Hotel Suites
57-G-3, Jalan Sultan Ahmad Shah, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang
 
For booking please contact 043708333
 
Follow 
FB https://www.facebook.com/voukhotelsuites/
IG https://instagram.com/voukhotelsuites

#sepetang #holiao #penang #hawkerfood #voukhotelsuites #voukhotelsuitespenang #vhm #vhmhotels #voukhotelmanagement #jumiesamsudin #jumieTV #foodreview #penanghotel


Comments

Popular Posts