Mak Ngah Gulai Warisan, Balik Pulau
Mak Ngah!!! Awat dap ngat Mak Ngah masak!!!! (Mak Ngah...kenapa terlalu sedap Mak Nyah masak!!)

Haaa......nak habaq mai kat hangpa hari kedua kami dalam kembara Balik PUlau Nature Xploration, team Tourism Malaysia Northern Malaysia payung kami makan lunch kat Mak Ngah Gulai Warisan, Balik Pulau. Nohoroommmmmmmmmm wehssssssssssssssssss dappppppp gila dia punya gulai ikan. Disebabkan aku mai secara rombongan so aku tak boleh makan seperti haiwan. Aku makan lauk pauk yang depa saji untuk kami makan.

Pekat, masam, ikan fresh......gilaaaaaaaa aku lapaqq tulih blog ni!
Gulai ikan, jelatah, telur sambal, ayam goreng. Tapi paling aku tak boleh tahan adalah kesedapan gulai ikan dia. Siries wehs sebagai orang Tanjung (Georgetown, Penang), adalah menjadi tanggungjawab kami untuk determined sama ada gulai kari itu sedap atau tidak. Aku mengesahkan di peringkat SIRIM gulai ikan kat Mak Ngah Gulai Warisan, Balik Pulau dijamin sedap, berkualiti dan terangkat.

Ni kedai depa.

Jenahak, senangan, gelama, ikan pari. Sapa cakap bohong, lama-lama dia akan jadi ikan pari.


Ni bahagian dalam kedai depa gantung gambaq lama-lama sekitar Penang.
Sorry takdak video. Tapi ada gambaq. HAHAHA



Ayam goreng panaih-panaih.

Ni ayam percik ka apa ni...haram laaaaaaa......lapaqq....

Ikan goreng macam ni pun nampak macam garing macam mana ka. Lapaq....



Nenjiaaa lauk pauk dia. Nampak sedap kan! Kalau gulai ikan dia boleh sedap....setakat gulai gulai biasa ni lagi la sedap.


Kerabu pulakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Ulam plak.......................bebai laa tulih blog hari ni


Sedappppppppppppppppp laaaaaaaaaa gulai dia panaih-panaih style bila lunch time tu....depa duk tukaq tray ja.

Hai abang ayaq....

Nenjiaaaaaaaaaaa....ni aku punya!!







Mak Ngah Gulai Warisan, Balik Pulau
Lokasi: Jalan Sungai Nipah, Kampung Permatang Tengah, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang
Waktu perniagaan:
Isnin-Jumaat 10 pagi hingga 3 petang
Sabtu 10 pagi hingga 3 petang
Ahad Tutup
No Tel: 012-545 5521
Google Maps: https://goo.gl/maps/QYkh7sYMANwuDw6D6

Terima lah gambaq aku makan jelatah timun ja.
Jangan lupa baca artikel lain dalam kembara Balik Pulau Nature Xploration bersama Tourism Malaysia Northern Region 2019
1. Terima Kasih Tourism Malaysia Northern Region
2. Centre for Marine & Coastal Studies CEMACS USM
3. Ikan Lumba-Lumba Taman Negara Pulau Pinang
4. Mak Ngah Gulai Warisan, Balik Pulau
5. Teluk Kampi dan Pantai Kerachut, Taman Negara Pulau Pinang
6. Penang ATV Eco Tour Balik Pulau
7. Mangrove Tour Balik Pulau
1. Terima Kasih Tourism Malaysia Northern Region
2. Centre for Marine & Coastal Studies CEMACS USM
3. Ikan Lumba-Lumba Taman Negara Pulau Pinang
4. Mak Ngah Gulai Warisan, Balik Pulau
5. Teluk Kampi dan Pantai Kerachut, Taman Negara Pulau Pinang
6. Penang ATV Eco Tour Balik Pulau
7. Mangrove Tour Balik Pulau

Comments
Post a Comment