Ramadhan Rant (Kita hanya merancang, Allah yang menentukan)
![]() |
| Bunga bakawali yang aku tanam kembang mekar masa malam 1 Ramadhan |
Aku rancang Ramadhan ini lebih baik. Aku dah plan buat production kuih mazola Jumiess Cookies beberapa bulan sebelum masuk bulan posa. Aku kena prepare kacang (yang ini paling menyeksa sekali). Hang bakar/sangai kacang, pastu hang buang kulit kacang tu. Hang bayangkan aku buat untuk 20 kg, sampai aku rasa kulit jari aku dah menipis. Memang terbukti sebab bila aku nak scan tangan aku kat telipon untuk bayar QR Code pun tak lepaih.
Pastu lain-lain tu macam biasalah, tepung, gula, balang - and YES aku beli oven baru. Alhamdullillah. Sapa pernah tengok kat story IG aku, aku convert satu bilik kat rumah kami sebagai bilik baking. Kat situ letak semua stok-stok barang dan oven. Sesi produksi pun bermula sebulan sebelum Ramadhan, dengan pertolongan anak menakan aku Hanna Mashitah. Sapa ingat dia? She is now 24 years old, duk belajaq kat universiti. YES, we are fucking old.
Aku rancang nak buat semua order kuih siap-siap supaya, Ramadhan ini - AKU NAK KHATAM QURAN & AKU NIAT NAK TERAWIH PENUH.
Tapi memang betui la, kita hanya merancang, Allah yang menentukan.
Di kala bulan Jan dan Feb aku betui-betui all out, produktiviti hidup yang almost 100%. Keadaan di rumah, kawan-kawan semua TIP TOP.
Tiba-tiba hujung Feb, aku tidoq tak boleh mangkit dah! Aku pi klinik 102 GH Penang dan sekarang aku sedang MC untuk minggu ketiga berturut-turut. Hang bayangkan hidup, hang mengira hari tetapi hang tak tau bila count-down tu akan mula dan akan berakhir. Dan count down tu adalah untuk episod bipolar hang.
Aku nak cerita kat hangpa, satu pengalaman toya yang berlaku kat aku bila kata aku pi hospital. Aku pi dengan Khafi. Masa tu, aku pakai seluaq hitam, T shirt duduk rumah and kelumbong. Memang selekeh sangat-sangatlah. Memang ini bukan aku punya cara berpakaian bila aku normal. Sebab aku jenis bersiap. Lepas jumpa doktor, aku kena pi amik ubatlah. Macam biasa. Tapi kali ni doktor tambah ubat kat aku (seroquel - ampa pi Google sendiri, atau pakai Chat GPT). Kalau tak aku Lithium sahaja.
![]() |
| Ini ubat yang aku sebut tu. Doktor kata mula mengantuk, nanti lama-lama okay. |
Pastu aku pun tunggu la amik ubat dengan laki aku. Orang ramai, tapi manageable. Boleh layan lagi waktu menunggu dia. Habeh amik ubat, aku pun ikut laki aku berjalan meninggalkan farmasi tu. One thing bila masa aku dalam fasa manic ni, aku tak suka nak berjumpa dengan orang. Sama ada aku boleh buat something yang merepek (like jerit/keriau atau maki) ataupun aku akan terlalu sensitive dan jadi sangat-sangat terasa dengan apa yang orang nak cakap kat aku.
So aku pun berjalan dengan keadaan menunduk. Tiba-tiba ada orang tegur aku "Hai kak Jumie." aku pun kaleh tengok. Oooo...Izati. Deni kerja sama dengan aku tapi department lain. Aku pun tanya dia "Haaa hang mai buat apa?" Dia jawab "Teman adik... kak Jumie?" Aku pun jawab dengan slamber "Biasalah otak aku...." pastu aku sambil berjalan, aku angkat tangan dan blah. Aku baca raut muka Izati masa tu. Dia macam 'Take care Kak Jumie....be strong..' aku agak-agaklah. Sebab Izati ni jenis suka senyum juga. Haritu, dia tengok aku, keadaan aku, so muka dia lain.
Tak berapa langkah lepas itu, ada orang lain pulak tegur aku. "Kak Jumie........" aku pun kaleh. Bil aku pandang orang ni. Muka dia berseri-seri, teruja, seronok tengok aku. Mata dia besaq. Mulut dia tersenyum. KALAU ORANG NORMAL, MESTI SUKA LA DENGAN SAPAAN MACAM NI KAN? Tapi bukan untuk wanita Bipolar macam aku. "Sorry-sorry, aku nak balik dah. Nanti kita jumpa lain." Aku jawab style laju. Aku tak tengok muka kawan tu. Aku teruih focus ke depan dan teruskan langkah. Aku kena kuat. Aku kena kuat. Aku tak boleh hadap ENERGY BESAR macam ni.
And sadly, this lady failed to read my body languange dan raut wajah aku. Ditambah pulak dengan kegagalan anak mata dia melihat kelumbong aku yang serongoih menampakkan rambut kerinting aku yang bewarna putih akibat uban yang tidak didye.
"Kak Jumie....kak Jumie...Kak Jumie...Kak Jumie...." exclaimed her quite loudly while trailing right behind me. Ya Allah. Awat hang duk hambat aku lagu ni? AKU BUKAN SAJA-SAJA TAK MAU JUMPA HANG, tapi aku tak boleh ni. Hang faham dak? Hang pun tak kan tak nampak, muka aku serongoih dengan kening pun tak lukih, mekap pun tak, pastu pakai baju pun macam kain buruk dan YOU FUCKING SEE ME AT HOSPITAL KOT! So obviously something is wrong with me.
Instead of giving me space, hang bagi aku rasa bersalah macam ni. Tak tau la mungkin dia pun nak jalan arah yang sama. Tapi takyah la panggil nama aku ulang-ulang kali lagu tu. Plus, bukan hang tak kenai aku pun...HANG ADA NUMBER AKU APA SEMUA. Nanti call la whatsapp ka. Pasaipa hang nak kena hambat aku dan sebut nama aku kuat-kuat macam tu. Aku jadi ser sebab aku rasa bersalah. Bersalah sebab aku tak dapat layan hang. Pastu hang pi hambat aku lagu ni, dan aku jadi ackward. Pastu laki aku pulak tiba-tiba "Tarik sikit baju ni...." sambil betulkan t shirt aku yang dah jatuh sikit dan nampak baju dalam aku.
INI SEMUA SIYEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE!!!!
![]() |
| Okay lah tahun ini mampu juga masak karipap untuk laki aku. Karipap bipolar. |
So aku balik ke alam barzakh. Ubat yang doktor bagi, sumpah mengantuk. Tapi tu pun, aku gagah juga, dalam tempoh MC ni, masuk opis. Sehari ka, dua hari. BUKAN NAK KATA SEBAB AKU RAJIN, tapi sebab aku nak keluaq dan berdunia. Aku khatam semua emel dan surat. Whatsapp pun aku khatam, tapi ada yang aku tak balaih lagi. Takpalah janji, minggu ini aku dah masuk minggu ketiga MC, Rabu ni aku ti habaq kat doktor. Takpayah MC dah. Aku boleh.
Minggu ini dah 15 Ramadhan. Aku macam sedih. Aku tak pi terawikh langsung. Takdak mood. Nak pi terawikh nak kena jumpa orang, jiran-jiran. Depa buat majlis bukak posa pun aku tak pi. Padahal depan rumah aku ja. Zamer, kami punya Naib Pengerusi Surau dia message kat aku dua tiga kali "Kak ....jangan lupa mai tau bukak posa ni..." Dia punya whatsapp antara Whatsapp yang aku dah khatam tapi tak balas lagi.
Hang pikiaq sat otak aku macam mana? Aku tak boleh nak jumpa orang. Aku tak tau nak explain kat hangpa macam mana. Tapi kalau aku boleh explain pun aku tak expect dan harap hangpa faham. Tapi apa yang aku rasa ni memang aku bukan buat-buat dan aku sedih bila orang kata - aku duk ikutkan sangat perasaan aku. Kalau aku duk ikutkan perasaan ini dan buat-buat? Please explain macam mana aku bila okay, aku boleh menari depan orang ramai-ramai. Mana pi social anxiety aku?
![]() |
| NAMPAK! Aku mampu menari rancak di khalayak ramai bersama rakan-rakan di malam Bollywood Fever. |
Sama la juga dengan baca message. Aku tau ada yang bara bila depa kata "Tolong lah balas messsage ni. Untuk masa depan dan kerjaya u juga." HAAA INILAH ANTARA SEBAB-SEBAB AKU JADI TRAUMA NAK BACA MESSAGE-MESSAGE YANG MASUK. Sebab orang suka cakap ikut suka hati dan berdasarkan emosi. Depa tak pikiaq emosi dan hati orang yang nak baca. Daripada aku okay, masih boleh control, teruih terbuka pintu gerbang untuk segala pemikiran negatif masuk dalam kepala otak aku.
"Jumie hang tak pikiaq perasaan orang....."
"Jumie hang memang tak guna. Menyusahkan orang."
"Jumie hang tau tak, semua orang tak suka hang. Depa duk pulau hang lani. Sebab tu depa tak message hang tanya habaq apa pun."
"Orang kawan dengan hang time happy ja....time hang sakit....sapa pun tak amik tau pasai hang."
"Jumie pasaipa hang baloq pemalaih. Orang lain pun penat juga, tapi depa boleh mangkit bangun hari-hari. Awat hang tak boleh? Apa alasan hang?"
....... Hangpa tau dak? Aku pernah duduk pikiaq benda bodoh-bodoh ni dekat seminggu sampai mai nak dekat seminggu, hang nak mangkit katil pun tak boleh. Hang jalan jadi terbongkok-bongkok macam Kak Cik Yah. Tapi Kak Cik Yah jalan laju la dengan spek mata. Aku jalan bertatih terbongkok-bongkok pi pancoq. Siries weh, bayangkan 1 minggu hang badan hang tak function sebab otak hang HENG.
Sebenarnya.....aku ada benda best nak cerita! Yang sebenarnya aku nak share masa Ramadhan ini. Tapi sebab aku dah sakit ni apa semua, aku punya timeline hidup pun jadi terumbang-ambing. So aku nak cerita lani, tapi bukan dalam post ni. Aku akan cerita dalam post seterusnya.
ps/ Perasan tak blog ni akan dikemaskini bila aku mai episod Bipolar. Maknanya kena bipolar selalulah kot baru blog ni ada cerita selalu.


.jpeg)


Comments
Post a Comment