I need to let this all out from my head
Hari ini dah lebih kurang 1 bulan aku tak keluar rumah sebab depression cycle aku mai balik. Atau aku selalu sebab sebagai 'pi bulan'. Semalam aku boleh tidur normal, by 12 am aku dah boleh lena. Tapi tepat 6 am dah bangun tanpa alarm clock. Aku tak tidur sampai lani. Start pukul 7 pagi aku reply message FN, HJ and mak. Meses dengan FN paling banyak. Dia hari hari akan meses aku walaupun aku tak jawab. Aku baca tapi tak jawab. Sama la macam semua meses-meses lain. Aku tak jawab sebab kalau aku jawab mesti aku nangis. Dan bukan nangis biasa yang mengalir air mata. Menangis yang macam anxiety attacked. Hang rasa tercekik tak boleh bernafas. Sebab tu aku tak mau balas meses sapa-sapa.
Tapi pagi ni aku balas meses FN. Thank you FN kawan yang baik selalu meses aku. Dia dan beberapa orang lain. FN suruh aku bangun dan bangkit sebab dia tau aku kuat. Aku kata, aku tak kuat. Aku tak tau apa nak jadi dah kat aku. FN kata yes, kali ni hang punya 'pi bulan' agak teruk. Last aku 'pi bulan' adalah pada pertengahan bulan November selepas habis kerja teater dengan depa tu semua. Memang sakit kepala kerja teater tu, aku ingat aku akan happy sebab buat benda aku suka tapi rupanya macam pukimak semua orang. Sapa pun hang tak boleh percaya. Tapi nasib baik fasa 'pi bulan' hanya 2 minggu. Lepas tu aku dah boleh kembali normal sampailah bulan Februari ni.
Dan semua berjalan normal macam biasa. Aku ingat tahun 2024 ni aku akan jadi lebih kuat dan bersemangat. Tahun baru kan? Aku tak pernah suka nak berazam sebab aku tau aku akan jumpa dengan kegagalan dan kehampaan diri sendiri. Awal tahun ini memang lain macam aku rasa. Aku punya keyakinan sangat lain. Aku buat banyak benda yang aku suka. Malah aku ada buat benda lama yang aku dah 13 tahun tak buat. Aku banyak ambil gambar sendiri (selfie) dan post di media sosial. Sebab sebenarnya dah berapa tahun since aku diagnose with Bipolar Disorder aku rasa macam malu dengan diri aku. Rasanya since 2018 aku perasan aku tak banyak post gambar. Kalau aku post pun, lepas tu aku akan delete atau archive.
Tapi tahun ni aku banyak ambil gambar dan post. Siap ada buat video ala-ala influencer kecantikan duk jalan-jalan kat taman. Aku ingat kakak aku reply kat reeds aku tu "Hang awat?" Kakak aku paling tak pernah tipu tentang apa dia rasa tentang aku. Masa aku baca komen dia tu, aku tak kisah pun. Aku rasa macam nak tergelak ja. Sebab yes, orang perasan yang aku dah berubah. Lebih kuat.
Since aku diagnose with this condition back in 2017, aku selalu rasa macam ticking bomb. Whenever aku tengah okay, doing well, functioning.....ada satu perasan dalam hati aku "Bila pulak aku nak down? Bila pulak aku nak down?" Hang bayangkan hidup hang dibayangi dengan ketakutan ini. Sebab hang tau orang bipolar macam kami, bila-bila masa hang akan tiba2 hyper dan tiba2 akan super depression. Its like macam hang akan jatuh cinta (hang bahagia, on top of the world, loved, nothing can beat me) dan setiap kali tu juga hang akan rasa, bila akan break up? Bila akan break up?
FN habaq kat aku....ramai cari hang. Aku kata, aku tau ramai meses aku tapi aku tak balas. Tapi aku kata aku paling rindu kat mak aku. Mak aku tak pernah fail message aku hari hari. Ya Allah nasib baik aku ada mak lagi. Doa mak aku la yang bagi aku hidup lagi. Fasa kali ini, aku ada terpikiaq nak bunuh diri. Bila K keluar rumah, aku rasa macam nak telan semua ubat-ubat yang ada kat rumah ni. Aku ada banyak ubat baru-baru ni sebab aku sakit gigi.
Tapi aku tak pernah cuba nak makan ubat-ubat ni semua sebab aku dah pernah buat benda ni sebelum ni dan aku tak mati pun. Aku cuma cirit dan muntah berhari hari. Aku tak pengsan tak apa pun. Sebab aku rasa badan aku memang kuat. Physically aku memang kuat macam seekor lembu. Aku besar, sihat, kuat....cuma otak aku yang tak kuat. Otak aku tak boleh function untuk stress yang banyak.
Aku bagitau kat FN dah dua kali family aku buat gathering. Baru-baru ni depa buat bukak puasa ramai-ramai kat rumah kakak aku. Mak aku whatsapp "Jumie maila buat suprise. Kami mendoakan kesihatan jumie dan harap sangat dapat sama-sama kita berbuka. AMIN AMIN AMIN."
Macam biasa aku tak jawab meses mak. Pastu dia meses lagi malamnya "Jawablah walau 1 ayat atau jawab nak dengar suara rindu sangat-sangat."
Aku jawab meses mak "Assalamualaikum Mak. Terima kasih message Jumie selalu tanya habaq. Mak punya doa yang bagi jumie masih hidup."
Ya ini juga adalah sebab pasaipa aku tak cuba untuk bunuh diri kali ini. Aku tak boleh bayangkan macam mana mak aku dapat fon called kata aku mati, ataupun kalau tak mati pun, dapat called kata aku masuk ward sebab overdose. (Sebab aku tau aku tak akan mati).
Tapi aku rasa aku tak akan bunuh diri. Sebab kalau aku mati bunuh diri aku akan terus masuk api neraka buat selama-lamanya. Aku tau aku banyak dosa, tapi at least dapat duduk kat syurga paling bawah sekali pun takpa sebab banyak-banyak dosa aku, aku masih ingat Tuhan. Aku ingat benda lawak aku selalu sembang dengan N bila kami habis buat benda berdosa. "Takpa nanti kita last sekali sampai kat syurga. Pastu kita duduk dorang kat bawah. Depa semua duduk kat atas. Tapi depa semua akan turun mai kat syurga kita. Sebab walaupun syurga kita paling bawah. Tapi syurga kita paling happening." I miss u N. Thank you bagi aku kata semangat dan jadi gatekeeper aku. Aku tau ramai duk cari aku melalui hang.
Aku rasa ini kali pertama aku menulis dalam keadaan depression. YES! Sebab aku tau blog aku ni takdak sapa baca. And I need to let this all out from my head.
Ya Allah bagi aku jalan untuk keluar dari fasa ini.
ps/ Lagu ini .......😪😭

Comments
Post a Comment