Amber Heard vs Johnny Depp dan SM Faisal vs Emilia Hanif

Haritu Ann Ruslan PM aku suruh aku review pasai kes perceraian antara Amber Heard vs Johnny Depp.  Aku memang duk ikut perkembangan dua pelakon Hollywood ni.  Depa kawen dulu sat ja,  setahun lebih pastu depa bercerai. Pastu keluar news kata Johnny Depp duk pukul bini dia.  Pastu Amber Heard pun berlakon Aquaman semua.  Johnny Depp plak, depa tak bagi dia job berlakon Captain Sparrow dan yang aku frust,  dia tak disambung jadi Grindewald.  


TBH aku dari dulu rasa macam tak percaya yang Johnny Depp ni pukul Amber Heard.  Siries aku rasa macam,  selama aku duk follow Johnny Depp sebagai antara pelakon hot yang aku suka.  Antara filem-filem lama Johnny Depp yang orang tak berapa tau adalah Chocolat.  Dia berlakon dengan Juliette Binoche.  Bang Johnny jadi lelaki gypsy yang elok duk mengurat penjual chocolate kat sebuah kampung di French.  Banyak lagi la filem classic Johnny zaman dia muda-muda dulu memang dia hemsem nak mampuih.  

Aku start rasa suss dengan Amber Heard bila tengok video depa dorang minta maaf sebab bawak masuk anjing tanpa kebenaran kat negara Australia.  Kat situ aku nampak macam,  Amber Heard ni macam sesuatu.  Dan Johnny Depp plak aku rasa macam,  awat nampak dia macam terpaksa buat video minta maaf yang bodo macam ni?  Sebab aku tau,  Johny Depp ni ada rock star attitude,  tiba-tiba duk buat video minta maaf?  Rock star mana minta maaf weh..  

Sekali follow punya follow.  Tiba-tiba tahun ni depa announce kata,  Johny Depp nak saman Amber Heard.  Dan hangpa semua pun mesti follow kan semua perbicaraan di mahkamah tu.  Kepada yang tak tau,  aku simpulkan macam nila.  

So basically,  depa dah bercerai.  Masa depa bercerai,  Amber Heard dapat tuntut duit yang banyak dari Johnny Depp siap dapat restraining order (maknanya Johny Depp tak boleh mai dekat dengan dia sebab dia takut Johnny Depp ni duk pukul dia).  Dan dalam perjanjian perceraian itu juga,  Amber telah berjanji dia tidak akan bercerita apa-apa lagi tentang hidupnya dengan Johny Depp yang boleh menyebabkan kerjaya dia terancam la.  

Dan Amber Heard mengeluarkan satu artikel dalam majalah apa ka,  dan bercerita tentang bagaimana pengalaman dia menghadapi sengsara sebagai mangsa keganasan rumah tangga.

So disebabkan artikel ini,  Johnny Depp buat kes untuk mencabar Amber Heard yang dikatakan melanggar perjanjian perceraian depa.  AKU SANGAT SUKA PASAIPA JOHNNY DEPP PILIH UNTUK LAWAN KES INI KAT NEGERI VIRGINIA DAN SETIAP HARI,  PERBICARAAN DEPA DITAYANGKAN SECARA LIVE DI ALAM MAYA.  


Aku tak tengok la semua,  macamla aku banyak sangat masa di dunia ini.  Tetapi setiap hari akan ada video-video rumusan dan hangpa masih boleh tengok video rumusan itu di Youtube.  Dan akhirnya,  berdasarkan kehakiman negara Amerika yang menggunakan juri sebagai penentuan keadilan  Johnny Depp menang almost semua dakwaan kecuali satu (aku tak ingat apa dia....yang ni saja Johnny Depp kalah dan kena bayar duit kat Amber).

So kesimpulan yang aku tengok dari cerita Amber Heard vs Johnny Depp adalah,  depa dua ni adalah artis Hollywood.  Sebagai Hollywood GODS and GODESSES...Depa punya dunia ni lain daripada dunia kita orang-orang biasa.  Sangat lain!  Johnny Depp pun hidup berwarna warni.  Amber Heard pun sama!  Hangpa pi dengar balik dan baca balik semua perbicaraan,  ada banyak rahsia rumahtangga yang terdedah dalam perbicaraan ini.  Kisah belanja harian yang berjuta-juta,  rumah-rumah mewah di lokasi yang ekzotik,  jet peribadi,  pekerja dan pembantu untuk buat macam-macam kerja,  percutian yang maha hebat malah disulami dengan kisah kisah arak dan dadah.  Itu semua adalah bukan kehidupan biasa orang seperti kita.

Jadi bagi aku tak boleh dibandingkan kisah perceraian depa berdua ini dengan rakyat marhain yang biasa seperti kita.  Mungkin yang boleh kita kaitkan hanyalah,  keganasan rumah tangga tidak mempunyai gender. Walaupun selalu kita dengar hanya lelaki yang memukul dan mendera si isteri.  Tetapi sebenarnya,  wanita pun ada juga yang menjadi pemangsa.  

Deraan bukan sahaja fizikal.  Ada juga perempuan yang memukul suami.  Takkan kita tak pernah jumpa perempuan yang mempunyai sifat kurang ajar yang melampau.  Tidak kisah siapa dan di mana,  percakapan dan tingkah laku dia tiada adab.  Percakapan yang bengis dan suka mengkritik juga adalah sikap yang menyeksa batin yang menanggung.  Hari hari si suami kena dengar si isteri punya perangai gila,  dah la batin terseksa lambat laut zahir juga merana -  darah tinggi,  pening kepala dan sebagainya.  

Jadi kepada hangpa semua,  lani aku tengok cepat sangat hangpa duk kongsi sokongan di media sosial masing-masing sama ada menyokong SM Faisal ataupun Emilia Hanif.  Tak salah menyokong,  tetapi tolong berhati hati kalau hangpa hendak membuat sebarang komen dan pendapat.  Sebab semua sedang memerhati.  Salah satu ayat,  depa akan hantar lawyer dan kacau kita pulak sampai ke tempat kerja.  

Saya tidak mahu buat apa-apa komen mengenai kes pasangan di Malaysia ini.  Apatah lagi menunjukkan sokongan kepada mana-mana pihak.  Hangpa pi baca sampai habis dua dua pihak. Jangan tengok permukaan sahaja,  iceberg lebih besar di dasar lautan.  Ya memang geram,  sedih,  marah sebab tengok ketidak adilan (di mata kita) sedang berlaku,  tetapi percayalah.............SEGALA EMOSI KITA YANG TERBAZIR KERANA KISAH INI TIDAK AKAN MAMPU MEMBAYAR 1 BOTOL MINYAK MASAK CAP BURUH YANG SUDAH NAIK HARGA. 

Sedang mereka hidup tanpa perlu menghitung bila gaji seterusnya akan masuk?  Tak perlu hirau Bantuan Keluarga Malaysia yang diberikan RM400 secara ansuran (RM100 untuk setiap dua bulan)?  Tak perlu hirau harga ikan temenung RM14 untuk 5 ekor?  Tak perlu risau suami sakit dan dimasukkan ke hospital kerajaan? Tak perlu risau jika diri dibuang kerja kerana simpanan dalam bank sudah cukup banyak untuk langsung hidup sampai anak cucu?

Comments

Popular Posts