Good Luck to You, Leo Grande (2022)
Lamanya tak jumpa filem yang baguih yang membuatkan aku terpikiaq berhari hari tentang maksud tersirat dalam cerita dalam filem itu. Siries! Aku suka filem yang pasai kehidupan, drama realism yang bercakap pasai masalah manusia. Dah lama tak jumpa filem yang baguih macam ni. Ada jumpa beberapa, tapi tulah aku kan jarang menulis blog dah. Rasanya, kena start tulis balik untuk tajamkan pemikiran aku. YES! Menulis menajamkan minda. Kepada hangpa semua, tulislah. Walaupun hanya menulis status kat Facebook tu.
So filem yang aku tengok baru-baru ni adalah lakonan pelakon wanita kesukaan aku, Emma Thompson. Dia ni kalau berlakon dari dulu memang best, macam-macam watak dia pegang, pak lawak (sebagai Profesor Sybill Trelawney dalam Harry Potter), heroin yang lemah lembut (dalam cerita Sense and Sensibility), orang jahat (dalam cerita Cruella)...dan banyak lagi watak-watak dia bawak. And yes, tak dilupakan dia jadi suri rumah yang sedih sebab suami dia menduakan dia dalam cerita Love Actually. SADIS! Semuanya best.
So terbaru dia duk umumkan dia buat satu filem bertajuk Good Luck to You, Leo Grande (2022). Mengisahkan tentang seorang wanita 50 an yang membayar seorang jigolo untuk perkhidmatan seks. Siriesly bila aku tengok Youtube tentang promosi filem ini, aku rasa macam. Ahhh makcik ni, hang dah legend pasaipa hang nak kena buat filem dengan cerita murahan macam ni. Sebab bagi aku, hang dah legend tak yah nak cari genre filem yang sensasi. Mesti ada scene-scene lucah semua kan? Dan topik topik wanita akhir umur yang desperate dalam kesunyian yang boleh membuatkan penonton rasa jelek.
Tapi ternyata aku silap!
Bila aku tonton filem ini, format dia macam tengok teater. Pelakon dalam filem ni, kalau kira-kira tak sampai 5 orang. Set tempat yang sama. Ada tiga set lokasi sahaja. Tapi set yang paling banyak ulang tayang adalah di bilik hotel. Dan apa yang membuatkan aku tertarik dengan filem ini adalah, DIA PUNYA FOKUS BUKAN SEBAB SEKS DAN TEMA EROTIK WANITA AKHIR UMUR. Tetapi dialog antara dua manusia yang sedang mencari makna untuk menyintai diri sendiri.
SPOILER ALERT
Movie ni bermula dengan seorang anak ikan yang nama 'perniagaannya' adalah Leo Grande. Kerlas, nama-nama porn star sangat. So Leo Grande duk santai di kedai kopi, tunggu masa, pastu dia naik atas pi sebuah hotel dan jumpa Nancy Stokes. So obviously, Nancy hire Leo untuk perkhidmatan seks. Tetapi, dia tak boleh nak buat apa-apa dengan Leo sebab pada perjumpaan pertama Nancy tak henti-henti duk bertanya "Pasai pa Leo buat pekerjaan ini?"
Cara dia bertanya kepada Leo obviously sangatlah judgemental. Hang nak over over persoalkan kepada orang ni jadi pelacur? Tapi hang lupakah? Hang yang bayar dia untuk perkhidmatan lacuran itu. Kan...........
Tapi aku suka watak Leo sebab dia asngat gentleman. Walaupun muda, tapi dia tau macam mana nak tackle the situation, menolak soalan-soalan pelik Nancy sambil membawa kepada mood yang lebih baik. Babak di hotel tamat hanya dengan satu ciuman di bibir. Pastu terus depa sambung ke babak kedua. Aku suka! Sebab aku tak mau tengok sangat pun depa beromen. Aku nak tau apa depa nak berdebat.
Masuk babak kedua, Nancy lebih mudah untuk bercerita. Dia pun mula cerita tentang diri dia. Dan luah pasai kekecewaan dia sendiri apabila diranjang bersama bekas suami. Satu topik yang bukan baru dan sangat taboo untuk diperkatakan oleh ramai wanita mahupun lelaki. Kita anggap hubungan seksual adalah sesuatu yang kotor, jijik dan sangat-sangat intim. Sebab itu kita takut untuk berbicara tentang isu ini. Dan akhirnya kita dibelenggu dengan kekecewaan.
Aku malas nak cerita secara details lagi, sebab aku rasa geram kalau ampa tau semua. (Ampa kena pi tengok sendiri) Tapi climax filem ini adalah apabila Leo Grande mengamok apabila Nancy mula bagitau yang dia tau identiti sebenar Leo Grande, nama betul Leo adalah Connor. Leo sangat marah dan mula rasa seperti hak dia telah diceroboh oleh Nancy. So depa gaduh gaduh. Masa ni banyak benda yang Leo cakap, Nancy macam kena tampaq sedaih.
Babak akhir, depa jumpa lagi sekali. Depa jumpa kat kedai kopi, actually Nancy nak minta maaf dengan Leo dan secara kebetulan masa depa duk sembang ni, pelayan kat kedai tu adalah bekas anak murid Nancy. Bekas anak murid dia ni style sassy sassy kurang ajaq ni, dia tanpa was was telah memalukan Nancy depan Leo. Dia kata lebih kurang macam ni la..."Terima kasih la Cikgu Nancy, saya tak boleh lupa cikgu sebab dulu cikgu kata saya ni PELACUR sebab saya suka pakai skirt pendek."
So lani ampa paham dak? Sebenarnya Nancy ni, masalah dia yang sebenar bukan sebab dia kekurangan nikmat hubungan intim dengan suami ataupun dengan sesiapa. Sebenarnya Nancy ni dia sangat JUDGEMENTAL bukan sahaja pada orang lain malah kepada diri sendiri. Dalam bahasa orang puteh, dia ni jenis TIMID. Semua benda dia rasa macam terikat dengan peraturan nilai nilai sosial yang dia letakkan sendiri. Sebab tu dia tak boleh cari bahagia pada sesiapa pun disekeliling dia, sebab dia sendiri duk rasa kalau dia buat macam tu, dia lah paling ser.
So there and then, sebab dia dah belajar dari kesalahan, dia nak break the chain of judgy mentality hood (ada ka perkataan macam ni?) dia terus minta maaf kat anak murid dia, depan Leo, dan dia mengaku kat bekas anak murid dia, Leo adalah seorang sex worker yang dia hire untuk pi beromen.
The rest of the story hangpa kena pi tengok sendiri. Filem ni tak panjang. Dalam 1 jam 37 minit. Penuh dengan dialog dan dialog. Please pakai earphone, sebab nak capture suara depa bercakap tu memang soothing gila. Dan dia punya back ground music pun, walaupun nak ikut-ikut macam tak perlu, tapi dia masukkan juga tapi sempoi (kat babak babak pergaduhan).
Cerita ni sangat bagus. Ada banyak layer. Topik dia simple dan pernah didendangkan. Penceritaan juga sebenarnya amatlah mudah. Tapi yang menjadikan filem ini sangat baik adalah kerana lakonan dua orang teraju utama ini. Depa dua sangat chemistry dan jujur dengan penceritaan ini.
Hangpa akan faham satu demi satu lapis masalah dan isu dalam kisah ini. Aku suka cerita ini sebab ini adalah cara untuk kita belajar untuk tidak menghakimi dan menghukumi orang lain. Semua orang ada jalan cerita depa sendiri. Ada yang susah, ada yang senang. Ada yang tak pernah susah. Ada yang tak pernah senang.



Comments
Post a Comment