And Just Like That Tanpa Samantha

Sapa kat sini peminat Sex and The City? Drama bersiri era awal 2000an tentang empat wanita yang tinggal di kotaraya New York dan kisah-kisah asmara depa.  Gitu aku punya pendahuluan sangatlah formal.  Lama tak menulis gayat sikit.  Walaupun ketika SACT mula-mula ditayangkan di HBO aku dikira underage untuk tonton content tersebut,  tapi aku kan feeling.  Masa tu,  rumah kami dah ada Astro dah.  Setiap hari Isnin apa kalau tak salah,  aku nanti tunggu nak tengok SATC kat HBO.  Dia nanti malam,  pukul sepuluh lebih.  Pastu satu episod sat ja tak sampai sejam.  Dari situlah aku belajar banyak benda pasai dunia kewanitaan ala New York.  Dan tak dinafikan,  aku pun memang dapat pengaruh kuat daripada semua watak-watak dalam cerita ni.

Watak utama,  Carrie Bradshaw seorang penulis kolum surat khabar yang tersohor.  Pastu ada Charlotte pompuan-pompuan anak orang kaya Upper East Side.  Pastu ada Miranda peguam wanita yang kuat bekerja dan kuat semangat kewanitaan (sebab dia kerja dalam dominasi lelaki) dan of course watak yang paling disukai oleh semua orang adalah Samantha,  seorang publicist yang berpengalaman tetapi seorang yang terpaling berani dan terpaling nakal dalam depa empat orang ni.



Aku rasa watak Samantha ni bukan aku saja suka tapi semua kita pun suka watak.  Watak dia memang super duper daring dan melawan arus tradisi pembawakan watak seorang wanita.  Dengan kisah-kisah asmara dia yang sangatlah meriah dan bewarna warni.  Tapi yang paling aku suka pasai Samantha bukan sebab dia ni daring nak mampuih dan gila jantan,  tetapi aku suka dia sebab dia setia dengan kawan-kawan dia.  Macam mana pun kawan-kawan dia nanti carut dia,  dia akan stick up untuk kawan-kawan dia dalam kesusahan.  Dan dia adalah jenih maknusia yang,  kalau TAK BETUI dia akan bersuara.  Bukan play-play manis dan cakap semua baik sebab nak jaga hati.

So sapa macam aku?  Follow SATC semua season dan lepas tu ada movie dia,  pastu sekarang...setelah puluhan tahun depa buat drama bersiri 'spin-off' daripada SATC bertajuk "And Just Like That....."  Frasa And Just Like That ni adalah frasa kegemaran Carrie bila dia simpulkan kisah hidup dia.  So hangpa dah tengok ka semua episod dalam siri baru ni?

SPOILER SIKIT.... ramai orang bagi bad review tentang penulisan skrip dan jalan cerita bagi siri ini.  Depa kata,  terlalu 'WOKE' dan terlalu dipaksa untuk dibuat konten.  Karakter-karakter utama telah berusia dan dikisahkan perjalanan hidup depa pada usia tua ini dan cabaran yang depa lalui.  Tapi yang membawa impak paling besar adalah KETIADAAN SAMANTHA.

SPOILER SIKIT (DIULANG).....scene pertama AJLT Carrie dan Mirinda duk sembang kata depa dah macam berselisih faham dengan Samantha dia blah macam tu saja dari hidup depa semua.  So depa rindu dia,  depa cuba hubungi dia.  Tapi Samantha macam balas-balas juga. (Ada banyak isu behind the scene,  hangpa semua pun tau kan,  in real life pelakon Sarah Jessica Parker dan Kim Cantral sebenarnya tak sebulu u olls,  sebab tu depa tak boleh berlakon sekali).  

Macam contoh,  masa Mr.  Big meninggal dunia (oh mai god.....sedih wehssssss.....laki mati.....),  Samantha hantar bunga untuk Mr.  Big punya keranda.  Walaupun bunga itu tak sesuai untuk majlis pengebumian yang dirancang oleh Carrie,  tapi sebab bunga itu daripada Samantha,  Carrie tinggalkan sahaja.  

Banyak lagi bit-bit yang boleh dikongsikan dalam drama bersiri AJLT,  isu LGBT dan so on.  Tapi aku nak focus kisah persahabatan Samantha dan Carrie.  Pernah tak hangpa ada kawan atau sahabat yang hangpa kawan kenal rapat gila babi,  bertahun-tahun,  tiba-tiba POOF ......persahabatan itu hilang begitu sahaja.  Dua kawan yang boleh sambung each other sentences bila bercakap,  tiba-tiba jadi total strangers.  

Bila tengok kisah persahabatan antara Carrie dan Samantha dalam AJLT,  Samantha lari ke London sebab merajuk dengan Carrie sebab Carrie tak mau lantik Samantha jadi publicist dia dah.  Pastu Samantha terus blah tanpa sebarang explanation,  tapi Carrie berusaha untuk contact Samantha.  Cumanya dalam cerita ini,  Samantha bagi respond melalui text dan emel.  Tetapi tiada lagi perhubungan intimasi antara dua jiwa bernama sahabat.

Sahabat ni macammana pun hang rapat gila macam adik beradik orang kata,  tapi sahabat ni lain.  Adik beradik kot mana pun hang ada pertalian darah,  hang gaduh macam mana pun,  satu hari mesti kena cari juga sebab ada urusan-urusan atau hal yang diwajibkan balik untuk kita berjumpa.  Tapi kalau kawan-kawan ni,  kalau dah kata bergaduh,  putus sahabat.....BLAH TERUS TAKDAK APA-APA DAH.  NAK JUMPA KAT MANA LAGI.

Dan dalam agama kita pun sebagai orang Islam,  memutuskan silaturahhim ni adalah satu benda yang tak baik.  Sama ada dosa atau apa hukum dia,  aku tak pasti,  #akubukanustazah

Tapi nak habaq mai.....kita pun bukan malaikat.  Hati kita tak dibasuh dengan air zam zam pada malam Israk Mikraj. So kita ni memang pendosa.  Mau kalau bergaduh,  berkelahi,  bara dengan kawan memang belah terus.  

ITULAH PERANGAI AKU.  Macam aku pernah cerita-cerita dalam blog aku sebelum ni kalau ampa dapat tangkap lah.  Aku telah putuskan sendiri hubungan persahabatan aku dengan ramai orang yang pernah aku PANGGIL DEPA SEBAGAI ADIK BERADIK YANG AKU PILIH.  Bukan seorang atau dua orang,  tapi ramai nak dekat 10 orang.  Nampak tak aku punya syaitan lagu mana? Nak kata apa pun katalah,  tapi nak buat macam mana,  hati dah tak mau.  Tak boleh lagi nak baiki dan ubati.  Sakit tu jangan tanya la.  Aku menangis sebab terasa dengan perbuatan dan kejadian yang dah berlaku.  Salah sendiri memanglah ada.  Salah depa pun ada juga.  Sama-sama salah dan hanya Allah taala yang mengetahui segalanya.  

Sebagai seorang manusia yang lemah dan penuh dengan kekurangan,  aku tak macam Carrie dan Samantha,  AKU SENGAP TERUS DAN BLOCK SEMUA HABIS BUANG.  Peluang untuk berbaik tu memang takdak langsung (bukan tipis).  Walaupun aku dapat berita daripada orang yang rapat dengan aku MANTAN-MANTAN SAHABAT rindu aku dan bertanya pasai aku. Aku dengar meses dari si penyampai tu dan terus maki "Sibat lani baru nak rindu-rindu apa dia....kot belakang duk kutuk aku sama haram juga."

Tapi dalam hati aku,  ya aku rindu.  Ni aku nak habaq la kot-kot depa baca.  Yes aku rindu hangpa,  tapi aku rindu saat-saat happy dan bahagia kita bersama.  Saat-saat kita boleh kongsi lawak hitam yang takdak sapa pun boleh faham,  saat-saat kita kongsi baki duit RM50 yang berbaki dalam akaun sebab sama-sama miskin dan hina,  saat-saat kita melakukan kerja gila dan memalukan dan sama-sama bergelak selepas kejadian.  YA SEMUA ITU AKU INGAT DAN AKU RINDU. 

Tapi aku ingat perasaan macam mana aku rasa tersisih dan terkeluar.  Left out.  Aku ingat perasaan macam mana aku balik rumah dan menangis memikirkan tindakan dan kata-kata hangpa bila berlaku perselisihan.  Aku ingat rasa perit macam mana bila dikhianati.  

DAN PERASAAN-PERASAAN ITU SEMUA LEBIH KUAT DARIPADA PERASAAN YANG BAIK BAIK ITU.  

Ada orang pernah pesan kat aku,  apa yang agama kita ajar untuk jaga persahabatan.  Ada enam perkara.

Pertama kalau kawan bagi salam,  kita jawab

Kedua,  kalau kawan sakit,  kita ziarah.  

Ketiga,  kalau kawan meninggal,  kita tolong uruskan.

Keempat,  kalau kawan lapar,  kita bagi dia makan.

Kelima,  mendoakan kawan kita

dan keenam,  jagalah aib kawan kita.


Gitu...............................daripada Sex and The City last last mak bagi ampa tazkirah.  Okaylah bye.  Nanti kalau ada kelapangan aku menulis lagi.  Salam sayang. 

Comments

Popular Posts