Selamat Tinggal 2021

Aku rasa dulu masa aku kecik-kecik teringat lagi kalau kena buat karangan pasai Wawasan 2020 aku akan kira,  by year 2020 aku umur 35 tahun.  Masa tu aku duk angan-angan pakai kereta sedan paling koman Proton Wira pastu aku nak ada rumah ada swimming pool.  Barua betui,  sedaq-sedaq lani dah masuk tahun 2021. Umur pun dah lagi 4 tahun nak jadi 4 series.  And aku pakai kereta sedan (Perodua Bezza) dan ada rumah sendiri tapi takda swimming pool.  Betapa tak bercita-cita tingginya aku ni.





HAHAHA.  So dah nak masuk tahun 2022?  Terkejut dak?  Terkejut dak?  Aku dah malaih nak pikiaq apa untuk tahun 2022.  Dah cucuk vaksin dua kali pun,  depa suruh cucuk booster pulak.  Berita semua duk bagi kita takut dengan virus mutan yang baru yang namanya macam robot jahat dalam cerita Transformers.  Kami yang duk kena mai office ni pun,  baru duk seronok-seronok makin ramai masuk office,  tiba-tiba dapat pulak notis baru,  agar jumlah kemasukan staf ke pejabat dikurangkan.  

Kawan aku hantar video,  memes pasai virus baru ni nak mai serang maknusia menjelang tahun 2022.  Aku kata,  nak serang pun serang lah.  Nak mati pun matilah.  Tak larat dah nak lawan.   Duduk dalam rumah,  spray ubat nyamuk dan sanitizer satu badan pun,  kalau Allah kata...."Virus pi serang detu kot tingkap."  Haaaa hang mampuih juga kan akhirnya.  #asbab

Masalahnya mak dah bosan nak mampuih duduk rumah.  Boring la duduk rumah.   Setahun lebih dah duduk rumah baru aku tu.  Haa bercakap pasai rumah baru,  pada awal November 2021 baru-baru ini genaplah setahun kami pindah duduk rumah baru.  Okaylah saja nak share dengan hangpa pasai rumah baru kami ni.  Rumah aku ni memang cantik,  kalau sapa-sapa kawan rapat mai rumah aku,  hantar makan ka,  COD ka apa ka,  mesti terkejut sebab rumah aku bapak punya cantik macam rumah tauke-tauke Cina untuk perempuan simpanan depa.  Kalau ikutkan gaji kami,  mana mampu duduk kondo semegah itu.

Tapi jangan tertipu kawan-kawan,  rumah kami walaupun cantik nak mampuih tapi sebenarnya adalah rumah Low Medium Cost housing (LMC).  Selalunya kalau perumahan di Malaysia ni,  setiap bangunan perumahan yang kayangan,  kat tepi-tepi tu depa akan bangunkan rumah LMC.  Lain building,  lain perumahan.  Betul tak?   Tapi rumah aku yang pertama di Pulau Pinang,  iaitu rumah kayangan dan rumah LMC dimasukkan dalam projek perumahan yang sama.  Cuma dibezakan melalui entrance dan tower sahaja.  So kedua-dua bahagian tak dapat fasilitis yang sama.  Di blok golongan kayangan ada swimming pool,  sauna,  jim dan apa jadah semua.  Kat blok kami,  ada surau dan taman permainan sahaja.  Kat KL dah banyak projek gabungan macam ni.  Kat Penang,  ini yang pertama.

Aku bersyukur dapat rumah ni. Sebab siriesly memang cantik,  kawasan pun cantik.  Nampak pun gah.  Tapi yang tak bestnya dari segi pengurusan rumah la.  Hat ni biasalah.  Duk nampak dah lepas setahun,  pihak pengurusan banyak lebih ke blok orang-orang kaya.  Tapi biasalah benda tu,  kita boleh kautim.  Nanti settle la tu.   

Tapi so far untuk kami dua orang,  kucing tiga ekoq,  duk rumah tu memang selesa la.  Just nice.  Tak besaq.  Kalau nak buat kenduri,   takleh lebih dari 3 orang jemputan. HAHAHAH.   Ada tiga bilik.  Satu bilik tidoq,  satu bilik wardrobe,  satu bilik buat-buat kerja,  satu ruang tamu,  satu dapoq,  dan balkoni.   Hangpa toksah duk gigih nak suruh aku tayang gambar-gambar rumah aku.   Tak cantik pun.  Nak menunjuk pun rasa tak berbaloi.  WAHAHAHA.  Hang ingat aku anak dato datin,  bapak bagi sorang RM300k untuk reno?  Mak reno kat Bangla ni pun rasa nak senak sampai halkum semua.  

Apa pun,  bersyukur ke hadrat ilahi.  Akhirnya ada tempat yang boleh aku panggil sebagai RUMAH AKU.  


So next nak cerita apa lagi ya?  Oh yes,  November 2021 ini juga genaplah satu tahun tragedi suami aku koma 18 hari akibat asthma.  Nasib baik lah lani aku dah malaih nak menulis blog macam dulu.  Kalaulah aku duk gila menulis blog macam dulu,  dulu takdak kerja.  Kalau aku cerita satu persatu rentetan apa aku hadap masa laki aku koma, dengan nak pindah rumah baru,  dengan masalah kat rumah lama,  masalah kat rumah baru,  HANGPA SEMUA MESTI AKAN BANK IN KAT AKU SORANG RM2 SEBAB KESIAN.  Sebab memang penat,  raplah,  kesian,  sedih,  pasrah.  Semua perasaan ada dalam tu.  Tapi pasaipa aku dah tak tulis banyak-banyak macam dulu?  Sebab dulu,  apa saja yang jadi kat hidup aku,  aku akan cerita. 

Mungkin pengalaman yang dulu-dulu banyak mengajar,  kedewasaan dan kematangan.  CEWAH!! Dak?? Siries aku nak habaq.  Lani bukan zaman aku nak raih perhatian dah.  Lani umur pun dah nak mampuih anytime.  (TAPI YANG MUDA PUN HANGPA BOLEH MAMPUIH ANYTIME YA)  Daripada aku sibuk duk menulis dan mencurahkan perasaan aku kepada umum,  baik aku meluahkan segala isi hati aku kepada Allah yang maha kuasa.  I deal with my self and God.  Senang aku nak aturkan perasaan dan emosi aku.   

Mananya nak layan meses hangpa yang akan tanya pasai laki aku dan aku kena ulang 25.78 kali.  Mananya nak urus hal-hal rumah dan sebagainya.  Mananya nak urus hal laki aku.  Mananya nak urus mental aku.  So terbaik adalah biar aku pendam segala-galanya.  Tapi satu hari (bukan hari ini) aku kena tulis juga pengalaman itu sebagai satu catatan pengajaran diri.  Betapa kita semua kena raikan dan hargai cinta setiap hari.  Sebab anytime Allah nak tarik balik cinta itu.  Dan takdak butang mesin apa kat dunia ni untuk hang tekan rewind dan baiki cinta hang yang tak terbalas.  GICHUUUUUUUUUUUUUUUUUU

Bercakap tentang cinta dan kasih sayang.  Oh YES oh YES!  Tahun ini juga aku melalui pelbagai onak dan duri dalam soal soal cinta dan kasih sayang,  selain suami dan keluarga.  So selain suami dan keluarga,  apa lagi ya?  Tahun ini aku melalui beberapa pengalaman menyedihkan apabila aku mengambil keputusan untuk memutuskan perhubungan aku dengan beberapa orang yang aku pernah panggil sebagai sahabat.  Tak mau cerita banyak.  Aku tau depa akan baca blog aku.  Tapi senang cerita,  letak macam ni la.  AKU YANG BERSALAH SEBAB AKU TAK MAU KAWAN DENGAN DEPA DAH.  SEMUA SALAH AKU.  AKU YANG JAHAT.  AKU YANG PERENG.  SEMUA AKU.  AKU YANG SER.  The end good bye.  

Dalam hidup ini takdak istilah kawan yang toksih,  kawan yang jahat,  kawan yang tak guna.  Yang hanya adalah KAWAN.  Kawan adalah orang-orang yang telah membina 'rumah' dalam hati hang.  Tapi kalau hang terjumpa yang hangpa panggil sebagai "kawan yang toksih,  kawan yang jahat,  kawan yang tak guna".  ITU BUKAN KAWAN!! ITU MEMANG ORANG TOKSIK,  JAHAT DAN TAK GUNA.  Dan itulah aku.  So tak payahlah kawan dengan aku.  Pi la kawan dengan orang lain yang boleh membahagiakan hati hangpa.  Sorry aku tak boleh bagi hangpa happy.  Perkhidmatan aku sampai takat ini sahaja.

Bagi aku pengalaman macam ni,  bukan tak pernah jadi. Dah pernah jadi beberapa kali dalam hidup aku sebelum ini.  Bila pikiaq-pikiaq balik,  PASAIPA AKU NI SELALU BERGADUH DENGAN KAWAN?  Ada saja kawan yang tak kena dengan hati aku,  dan aku akan blah.  So jawapan dia senang saja. JAWAPAN DIA,  SEBAB AKU YANG SER!! HAHAHAH sibatlah Jumizah.  Susah nak jaga hati aku ni,  feeling,  cepat pereng,  too sensitif,  pemarah dan macam-macam lagi.  So memang patutlah aku susah nak berkawan dengan orang yang perfect,  aku tak perfect.  Tapi its okay.  As long as hang tau siapa diri hang,   semua akan jadi okay.  Aku happy bersama orang-orang yang tak perfect di sekeliling aku.  Thank you hangpa yang masih mampu tahan bersama aku (so far). 



Kita tak tau ajal maut kita sampai bila.  Dan tahun ini,  akibat COVID 19 yang melanda,  aku turut merasakan satu lagi kehilangan yang aku tak pernah rasa sebelum ini.  Ya,  kematian sahabat baik aku bernama Mohd Azmi bin Mohamed Idris.  Aku kenai deni sejak tahun 2008 masa dia belajar kat universiti.  Kami duk rajin Yahoo Messenger.  Pastu masuk ke Facebook apa semua.  Pastu dia pun start kerja.  Kami pun berkawan sampailah ke akhir hayat dia.  Last aku jumpa dia,  tahun ni bulan April masa kami buat sambutan hari lahir aku kat sebuah hotel.  Tema Arab katanya,  Azmi pun mai pakai jubah semua.  Kami tak cakap banyak.  Tapi ada la gambar.  

Nak cerita kenangan pahit manis dengan deni memang banyak.  Dalam blog lama aku pun,  banyak aku sebut dan cerita pasai dia.  Antara cerita paling lawak aku karang pasai dia kat blog lama aku adalah Kisah Mimi dan Karipap.  HAHAHAHAH.  Nasib baik lah dah tukaq pi blog baru ni.  Kalau lah ampa terjumpa blogpost aku dulu-dulu kat Google.  Memang lucah nak mampuih cerita tu.  HAHAHAHAHAH.  

Teringat pasai Azmi boleh senyum dan gelak sorang-sorang sebab deni memang pak lawak. Deni dah la betui bendui (lurus).  Orang lurus macam dia ni senang nak tipu.  Haaaaa...aku selalu tipu dia.  Yang lawaknya, berapa kali pun aku tipu dia,  nanti esok aku tipu lagi.  DIA MASIH BOLEH PERCAYA AKU.  Tapi lani bila duduk saja-saja,  teringat kat Azmi,   tiba-tiba aku akan tarik nafas SEBAK yang sakit dada.  "Oh shit.....Azmi dah takdak!"  

Tak dak sapa pernah habaq kat aku perasaan sakitnya bila kehilangan orang yang kita sayang.  Allah sahaja yang tau.  Tapi apa pun,  Allah dah bagi aku stembai dah.   Oh ini rasanya kehilangan.  Haritu,  aku nyaris nyaris jadi janda tapi nasib baik Khafi mangkit.  Lepas ni tak tau la nak dapat ujian kehilangan apa pulak.  Tapi kalau boleh aku doa,  bagi lah aku mati dulu.  Tak mau mati lambat-lambat,  nanti aku sunyi sorang-sorang.  Aku dah la jenis perangai suka marah-marah,  kalau dah tua,  jadi orang tua pemarah.  Mesti ramai tak suka kat aku.  Nurse kat rumah kebajikan akan bagi aku makan ubat lambat-lambat sebab nak bagi aku sakit dengan sengaja.

Baiklah,  sekian sahaja coretan taipan aku di penghujung 2021.  Apa yang aku dapat simpulkan adalah,   dunia ini hanya sementara.  Tiada yang kekal.  Yang bersama kita hari ini,  tak semestinya akan bersama kita esok.  Apa yang kita ada hari ini,  tak semestinya kita akan ada esok.  Doakan aku kemabli rajin meng-update blog ini.  Terima kasih kerana sudi membaca blog aku hari ini.  Bye.

Comments

Popular Posts